ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KENYATAAN AKHBAR: WASPADA DENGAN TAWARAN PINJAMAN MIKRO MENGGUNAKAN NAMA DAN LOGO PERKESO

Thursday 15/11/2018



KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengesan satu akaun pengguna Facebook yang menawarkan pinjaman mikro menggunakan nama dan logo PERKESO. Kami ingin menegaskan bahawa PERKESO tidak pernah memberi sebarang kemudahan pinjaman mikro atau mengiktiraf mana-mana pihak atau syarikat untuk menawarkan perkhidmatan tersebut menggunakan nama dan logo PERKESO kepada orang ramai ataupun pencarum PERKESO.
 
Sebagai sebuah agensi Kerajaan yang mentadbir dan melaksanakan perlindungan keselamatan sosial di negara ini, PERKESO menyediakan perlindungan kepada pencarum melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dan Akta Sistem Insuran Pekerjaan 2017 yang memberi faedah perlindungan kepada pencarum jika berlaku insiden bencana kerja, keilatan dan kehilangan pekerjaan.
 
PERKESO amat kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu yang mengelirukan orang ramai dan memandang serius penggunaan nama atau logo secara sembarangan bertujuan untuk kepentingan pihak tertentu. Perlakuan yang tidak beretika ini adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan.
 
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan palsu seperti ini. Bagi mengesahkan sebarang maklumat yang diterima, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PERKESO di 1-300-22-8000 atau kunjungi mana-mana pejabat PERKESO di seluruh negara.
 
Komunikasi Korporat
Pertubuhan Keselamatan Sosial
15 November 2018

SUMBER: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Cik Cheryl Yvonne Achu
Tel: 019-382 1449

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.