ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  VISTAJET DINOBATKAN SYARIKAT PENERBANGAN PERNIAGAAN PALING INOVATIF DAN PENGENDALI TERBAIK UNTUK KALI KETIGA BERTURUT-TURUT

Friday 16/11/2018



VistaJet menerima dua Anugerah Ikon Penerbangan AsBAA 2018

• VistaJet menerima dua anugerah berprestij pada Anugerah Ikon Penerbangan AsBAA 2018
• Adventures in the Sky, Program Kanak-Kanak syarikat tersebut menjadikannya Syarikat Paling Inovatif 2018
• VistaJet mendapat gelaran pengendali terbaik untuk tahun ketiga berturut-turut atas perkhidmatan yang cemerlang serta standard keselamatan dan pengendalian yang ketat.         

   
HONG KONG, 16 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan swasta pertama dan satu-satunya telah menerima anugerah tertinggi di Anugerah Ikon Penerbangan Persatuan Penerbangan Perniagaan Asia 2018. Di samping dinobatkan sebagai Syarikat Paling Inovatif, VistaJet juga mendapat gelaran pengendali terbaik untuk tahun ketiga berturut-turut. Anugerah yang diberikan oleh Persatuan Penerbangan Perniagaan Asia (AsBAA) itu mewakili undian daripada 150 orang ahlinya, termasuk pengendali penerbangan perniagaan, broker, perbadanan dan syarikat lain dalam industri perniagaan dari seluruh Asia.

Anugerah pengendali terbaik mengiktiraf pencapaian standard pengendalian VistaJet yang luar biasa. Dengan lebih 70 buah pesawat super jarak pertengahan dan jauh, VistaJet telah membuat penerbangan ke 1,600 lapangan terbang di 187 buah negara, atau 96% di dunia. Dalam separuh tahun pertama 2018, bilangan penumpang VistaJet meningkat sebanyak 18% dan jam penerbangan meningkat sebanyak 23% berbanding tahun sebelumnya di Asia. Angka ini meningkat kepada 37% dan 33% pada suku tahun ketiga yang menunjukkan pertumbuhan pesat di rantau itu tahun lepas.

Pada tahun 2018, VistaJet telah melancarkan Laporan Penumpang Jet, iaitu analisis industri penerbangan peribadi berfokuskan pelanggan yang pertama. VistaJet juga telah melancarkan beberapa inisiatif global tahun ini, termasuk perkongsian dengan British Polo Day untuk kejohanan sedunia 2018 dan lawatan global Koleksi Peggy dan David Rockefeller. Jualan yang dikendalikan oleh Christie berjumlah lebih $832 juta, yang menjadikannya lelongan paling signifikan yang pernah dilakukan dalam sejarah yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tujuan amal.

Anugerah Syarikat Paling Inovatif mengiktiraf daya cipta dan inovasi dalam industri penerbangan perniagaan. Pada tahun 2018, syarikat itu melancarkan program pelancongan peribadi kanak-kanak yang meluas, iaitu Adventures in the Sky. Direka untuk penumpang berumur 16 tahun ke bawah, program tersebut menukarkan kabin menjadi ruang bermain dan berpesta. VistaJet juga telah melatih semua Pramugari Kabinnya di Norland College, sebuah institusi berprestij yang mengkhusus dalam pendidikan awal. Dengan pengetahuan yang lebih mendalam tentang tumbesaran dan tingkah laku kanak-kanak, mereka dapat memahami hubungan keluarga dan mengetahui keperluan khusus penumpang berkeluarga.

Leona Qi, Presiden Asia & AS VistaJet memberi komen: “Menerima pengiktirafan atas usaha VistaJet yang berterusan dalam memberikan perkhidmatan kabin cemerlang adalah sesuatu yang membanggakan. Dengan pasukan yang mengandungi lebih daripada 1,000 orang pakar penerbangan dari 50 buah negara, setiap penerbangan berjalan lancar dan mematuhi standard keselamatan tertinggi pada bila-bila masa, di mana jua. Inovasi ialah teras nilai VistaJet; dengan menjangka permintaan pelanggan, kami komited untuk mencipta pengalaman yang menyenangkan melalui strategi dan inisiatif yang kreatif.”

“AsBAA menambah Anugerah Inovasi pada 2018 untuk mengiktiraf peningkatan teknologi dan pemikiran “di luar kotak” yang kreatif dalam industri ini. Program kanak-kanak baharu VistaJet menjadikannya layak menerima anugerah tersebut. Hiburan, layanan dan pakej bertemakan Alice in Wonderland itu amat menarik. Konsepnya dibentangkan dengan baik dalam video dan kami berbangga untuk menganugerahkan Anugerah Syarikat Paling Inovatif yang pertama kepada penerimanya yang layak, VistaJet.  Kami berharap lebih banyak syarikat akan diilhamkan oleh VistaJet.  Kami juga mengiktiraf VistaJet kerana memenangi Anugerah Pengendali Carter AOC Terbaik, seperti yang diundi oleh ahli AsBAA. Tahniah kepada pasukan VistaJet,” kata Jenny Lau, Pengerusi AsBAA.

Pada tahun 2017, VistaJet menerima nilai ekuiti tertinggi untuk syarikat penerbangan peribadi, iaitu melebihi US$2.5 bilion yang menjadikannya salah satu daripada lima syarikat unicorn di Eropah dan yang pertama di Malta. Dengan kedudukan kewangan yang kukuh dan sokongan berterusan daripada ahlinya, VistaJet terus mengembangkan perniagaannya menerusi rangkaian kerjasama yang meluas di Asia dan lebih lagi.

Hubungan Media:
Amy Yang | VistaJet | T: +852 2901 0502| amy.yang@vistajet.com
Angela Wong | CatchOn | T : +852 2807 0600 | angela.wong@catchonco.com

Perihal VistaJet

VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan tunggal. Dengan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia. Diasaskan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini mempelopori model perniagaan inovatif di mana pelanggan mempunyai akses terhadap keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang. Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana-mana jua. Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan Langsung sahaja melalui app tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7.

Lebih maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com

Foto untuk pengumuman ini tersedia di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3334e32d-979b-4852-a315-7f302d51b223
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d2b61fd6-15c4-4ad4-9942-1c7f097001a6 

SUMBER : VistaJet Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.