ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  MAKANAN CINA YANG KREATIF MENCETUSKAN TUNAS RASA DUNIA

Tuesday 27/11/2018



AsiaNet 76468 
 
SHENYANG, China, 27 Nov., 2018 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Dari 21 - 24 November, 2018 Kejohanan Dunia Masakan Cina "Piala LuHua" (atas), termasuk 240 acara pertandingan, telah diadakan di Shenyang di wilayah Liaoning. Menurut Persatuan Masakan China, lebih daripada 200 golongan memasak elit Cina dari seluruh pelusuk dunia telah menghasilkan lebih daripada 2,000 hasil makanan Cina yang kreatif seperti hidangan panas, hidangan sejuk, pastri dan ukiran makanan pada masa kini.

Di kawasan pameran itu, pelbagai makanan Cina yang kreatif telah dihasilkan. Di kawasan ukiran makanan, sebuah phoenix telah diukir dengan menggunakan sayur-sayuran dalam warna berbeza yang muncul bergetar dengan bulu yang pelbagai warna dan melonjak tinggi di atas Bunga Peony yang diukir dengan lobak putih. Di kawasan hidangan panas, kebanyakan hidangan digandingkan dengan daging dan bahan-bahan vegetarian, hidangan daging merah dan hidangan vegetarian segar yang silih ganti merangsangkan tunas rasa.

Ketua eksekutif bagi Kumpulan LuHua, Xin Xufeng, berkata bahawa rasa mengatasi segala yang  lain di dalam undang-undang makan. "Warna, bau dan rasa" bukan sahaja merupakan pemburuan abadi bagi masakan Cina, tetapi juga pemburuan manusia bagi kehidupan yang lebih baik.

Makanan Cina mempunyai konotasi budaya yang mendalam dengan sejarah yang mencakupi ribuan tahun. Makanan Cina mempunyai pelbagai jenis masakan, dan setiap hidangan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Di wilayah yang berbeza, terdapat beribu-ribu hidangan yang sesuai dengan pelbagai kemahiran memasak dan gaya mereka yang tersendiri. Kesukaan orang ramai terhadap makanan Cina semakin meningkat sejak kebelakangan ini. "Dengan perkembangan globalisasi, pengguna makanan Cina sudah menjelajah ke seluruh pelusuk dunia. Untuk memastikan masakan Cina mempunyai cita rasa antarabangsa, kami lebih memberi perhatian kepada gandingan daging dan sayur-sayuran  dan kesenian plastik sambil pada masa yang sama mengekalkan rasa tradisionalnya," kata Bian Jiang, Naib Presiden bagi Persatuan Masakan China.

Pada tahun 2017, industri katering China telah mencapai pendapatan operasi hampir 4 trilion yuan, yang menyumbang lebih daripada 5% pertumbuhan KDNK China. Sementara itu, industri penanaman, industri makanan dan industri yang berkaitan juga semakin berkembang pesat. Sebagai rakan strategik rasmi bagi pertandingan ini, Kumpulan Shandong LuHua menyediakan kepada peserta dengan minyak masak dan pelbagai rempah ratus yang mewah. Ia mengambil masa selama 35 tahun bagi Kumpulan LuHua untuk menjadi jenama minyak masak China yang utama, dengan membawa sebahagian besar penanam kacang tanah keluar daripada kancah kemiskinan.

Pada majlis perasmian Kejohanan Dunia Masakan Cina "Piala LuHua", Jiang Junxian, pengerusi kehormat bagi jawatankuasa penganjur dan Presiden bagi Persatuan Masakan China, berkata bahawa pertandingan ini bukan sahaja merupakan komunikasi kompetitif yang utama bagi kemahiran masakan Cina, tetapi juga jamuan bagi makanan kebudayaan Cina. Beliau percaya bahawa pertukaran kemahiran masakan Cina di seluruh dunia harus dipromosikan melalui terus mengadakan pertandingan yang serupa, dan ia akan merealisasikan perkongsian global bagi budaya katering Cina yang mendalam dan masakan Cina yang enak.
 
Sumber: Persatuan Masakan China
 
 
--BERNAMA 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.