ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  VIDEO PROMOSI TASIK TIMUR WUHAN MEMBUAT PENAMPILAN MENAKJUBKAN

Wednesday 28/11/2018



AsiaNet 76479

WUHAN, China, 28 Nov., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Video promosi  bagi bandar raya tengah China, Wuhan yang memaparkan Tasik Timur mereka telah dipaparkan pada Persidangan Bandar raya Persahabatan Antarabangsa China pada November. Platform video pendek dan akaun popular di China, termasuk Yangtze River Daily, Xinpianchang, Hubei TV dan Wuhan Broadcasting and Television, telah menularkan perkara itu. Jumlah paparan kumulatif telah mencapai 100,000 setakat waktu tengah hari pada 16 Nov. Lebih 1,000 penonton menyiarkan komen mereka.

Untuk rakaman video berkualiti siaran dan imej beresolusi tinggi, sila layari Siaran Berita Multimedia:
http://news.medianet.com.au/xinhua/promo-video-wuhan-east-lake-makes 

Pasukan penciptaan video itu termasuk Li Sheng, seorang penulis dan pengarah kanan yang juga merupakan penulis untuk video promosi bagi Wuhan. Li, 74, telah melawat Tasik Timur pada setiap minggu sejak April untuk mencari inspirasi. Selepas setengah tahun berusaha dan memperkemaskannya, beliau telah memuktamadkan artikel yang mengandung 1,768 huruf untuk video itu. Pakar klasik Cina Shu Bangxin berkata penulisan bagi kedua-dua Tasik Timur dan bandar raya Wuhan adalah klasik, dengan penulisan untuk tasik itu adalah lebih baik. Li menulis dengan menzahirkan perasaan cintanya untuk bandar raya itu. Deng Siming, seorang pakar sejarah, juga memuji hasil penulisan Li.

Zhang Wen, cucu kepada Zhou Cangbai yang telah membina Taman Tasik Timur itu dan anak perempuan soprano terkenal China Zhou Xiaoyan, mengutuskan ucapan tahniah pada detik awal pada 16 Nov kepada Li dengan berkata, "Ia sungguh cantik!" sebanyak tiga kali. Beliau berkata kata-kata Li sangat menyentuh perasaan dan mesra dan membuat beliau merasa bangga. Apabila beliau kembali melawat ke tasik itu pada April, beliau hampir tidak dapat mengenali taman tasik itu. "Video promosi itu adalah satu cara yang lebih baik untuk bercerita bagi membolehkan lebih ramai orang mengetahui mengenai Tasik Timur dan Wuhan secara keseluruhan."

Jurugambar Guo Dagong, yang juga anak saudara kepada Zhou Xiaoyan, berkata kata-kata dan gambar-gambar saling melengkapi di antara satu sama lain yang "memenuhi penonton dengan imaginasi tanpa batas".

"Tidak pernah terjadi kepada saya bahawa Wuhan mempunyai sebuah tasik yang indah di bandar raya itu, mengingatkan saya kepada filem Avatar," kata seorang penonton. "Banyak rakaman gambar adalah baharu kepada saya walaupun saya telah menetap di sini selama bertahun-tahun. Bagaimana mereka mendapat kesemua perspektif baharu itu?" kata seorang lagi penonton.

Imej Huke adalah pasukan rakaman dan penerbitan video itu. Anggotanya dilahirkan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an, kebanyakan daripada mereka mempunyai pengalaman belajar dan membuat rakaman di luar negara. Song Xiaohu, pengarah dan jurugambar video, pernah sekali diundang untuk merakamkan video promosi bagi Rusia, Romania, Malaysia dan Indonesia. Beliau berkata pasukan beliau yang dianggotai lebih 60 orang melibatkan diri secara mendalam di dalam persekitaran Tasik Timur selama hampir satu tahun. Mereka menggunakan peralatan tahap pawagam yang bernilai lebih sejuta, membayar suara pelakon yang bekerja untuk BBC, dan menghasilkan sebuah versi Bahasa Inggeris untuk kemudahan penyiaran luar negara.

"Banyak adegan berharga yang jarang dilihat, kerana ia dirakamkan di dalam keadaan cuaca dan ketetapan masa yang istimewa. Krew rakaman seringkali terpaksa menunggu pada awal pagi atau lewat selepas senja. Beberapa detik bagi kesan visual yang istimewa hanya wujud untuk selama beberapa minit. Sebagai contoh, bayang-bayang awan hanya boleh dirakam apabila udara benar-benar bersih dan jernih, dan kabut yang diselubungi dirakam dengan penuh kesabaran selepas matahari terbenam," kata beliau.

Menurut jawatankuasa pengurusan Tasik Timur, video promosi Wuhan itu memberi tumpuan kepada sejarah 3,500 tahun bandar raya itu ke dalam 1,500 huruf melalui lensa perubahan setiap hari, manakala video promosi Tasik Timur itu adalah "nadi hijau" bagi Wuhan yang mencerminkan keharmonian manusia dan alam, bandar raya dan tasik. Terima kasih kepada "nadi hijau", Wuhan bersinar lebih cerah sebagai sebuah bandar raya jambatan, sebuah bandar raya hutan, sebuah bandar raya universiti. Sebelum menjadi tuan rumah kepada Sukan Ketenteraan Dunia 2019, imej Wuhan telah sekali lagi mengejutkan dunia.
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan bagi Tasik Timur
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=325464 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.