ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  DASAR-DASAR BEBAS CUKAI LUAR PESISIR HAINAN DIPERTINGKATKAN: ELAUN TAHUNAN MENINGKAT SEHINGGA RMB 30,000, DUA KEDAI BEBAS CUKAI AKAN DIBUKA

Wednesday 05/12/2018



AsiaNet 76602
 
HAIKOU, China, 5 Dis, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Dasar-dasar berhubung membeli-belah bebas cukai luar pesisir bagi pengunjung ke Pulau Hainan telah diselaraskan, menurut satu kenyataan bersama yang dibuat oleh Kementerian Kewangan, Pentadbiran Am bagi Kastam dan Pentadbiran Negeri bagi Percukaian bagi Republik Rakyat China. Dasar-dasar yang diselaraskan itu lebih terbuka dan mudah, bertujuan untuk mengubah Hainan menjadi sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa. Dasar-dasar baharu itu berkuat kuasa pada 1 Disember 2018.

Pelarasan itu adalah terutamanya berkaitan tiga aspek. Pertama, elaun membeli-belah bebas cukai luar pesisir untuk pelawat dinaikkan dari RMB 16,000 kepada RMB 30,000. Kedua, peranti perubatan pemulihan yang pelbagai kini dilindungi oleh senarai bebas cukai, termasuk peralatan latihan penglihatan, alat bantuan pendengaran, alat bantuan ortotik, dan alat pernafasan untuk penjagaan kesihatan di rumah. Dua peranti perubatan tersebut dilindungi oleh dasar-dasar bebas cukai bagi setiap pelawat setiap kali mereka meninggalkan Hainan. Ketiga, untuk warganegara China yang tinggal di dalam atau di luar Hainan, dasar-dasar bebas cukai itu adalah sama-sama diguna pakai.

Di samping itu, menurut Jabatan Kewangan Wilayah Hainan, kerja awal ke atas membeli-belah bebas cukai untuk penumpang melalui laut dan bagi dua lagi kedai bebas cukai telah selesai, dan kedua-dua dasar itu akan secara rasminya dilaksanakan selepas pemeriksaan di tapak. Satu daripada dua buah kedai bebas cukai baharu itu akan dibuka di Haikou, dan yang lagi satu di Qionghai.

Dasar bebas cukai luar pesisir itu adalah satu daripada dasar yang paling kuat dan berpengaruh, dan telah disemak semula sebanyak empat kali sejak pelaksanaannya pada 20 April, 2011. Elaun membeli-belah bebas cukai luar pesisir itu dinaikkan dari RMB 5,000 kepada RMB 8,000, dan kemudian kepada RMB 16,000, dan jenis-jenis komoditi yang dilindungi telah ditingkatkan dari 21 kepada 38. Pada masa ini, penumpang kereta api, selain penumpang penerbangan, dan orang yang membeli-belah secara dalam talian selain membeli-belah di kedai, boleh juga mendapat manfaat daripada set dasar-dasar ini.

Pelarasan kelima bagi dasar bebas cukai luar pesisir membuka saluran yang lebih luas untuk jenama-jenama mewah antarabangsa untuk memasuki pasaran Hainan dan tempat-tempat lain di China dan menawarkan kemudahan bagi kebanyakan pelawat ke Hainan. Pelarasan itu membantu transformasi untuk membeli-belah di Hainan dari membeli-belah di luar negara, sekali gus memacukan pembangunan industri perkhidmatan, termasuk pelancongan, pengangkutan, hotel dan katering, dan logistik gudang di Hainan. Ia juga membantu membina Hainan menjadi sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa, dan seterusnya Hainan menjadi sebuah zon perdagangan bebas perintis dan sebuah pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri China.

Kedai-kedai bebas cukai luar pesisir Hainan mencapai perolehan sebanyak RMB 8.016 bilion pada tahun 2017, satu pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 32%. Dari Januari hingga Oktober tahun ini, kedai-kedai itu telah mencapai perolehan sebanyak RMB 7.949 bilion, meningkat sebanyak 23% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Dari 20 April, 2011 sehingga akhir Oktober tahun ini, kedai-kedai itu telah merealisasikan jualan terkumpul sebanyak RMB 38.5 bilion, dan menerima lebih 12 juta orang pelancong.
 
Sumber: Jabatan Kewangan Wilayah Hainan

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.