ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  WILAYAH EHIME DI JEPUN BARAT MENJADI TUAN RUMAH KEPADA KEM LATIHAN SUKAN OLIMPIK TOKYO UNTUK PASUKAN BADMINTON KEBANGSAAN MALAYSIA

Monday 10/12/2018



AsiaNet 76641

MATSUYAMA, Jepun, 7 Dis, 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Wilayah Ehime, yang terletak di pulau utama Shikoku di barat Jepun, telah menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Persatuan Badminton Malaysia pada Julai 2018. MOU itu bertujuan untuk mengadakan kem latihan bagi pasukan badminton kebangsaan Malaysia untuk persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasukan Malaysia itu akan secara berkala melawat Ehime untuk menjalani kem latihan Sukan Olimpik dan menjalin pertukaran sukan.

Foto 1: Majlis sambutan di lapangan terbang
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M104723/201811280888/_prw_PI1fl_Y0JyKmyk.jpg



Dari 20 Ogos hingga 27 Ogos, 2018, satu kem latihan selama 8 hari untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah diadakan bagi pasukan-pasukan badminton senior dan junior Malaysia, termasuk atlet senior Vivian Hoo yang disenaraikan dalam lapan pemain utama bagi Sukan Olimpik Rio. Semasa kem latihan itu, Persatuan Badminton Wilayah Ehime dan pelajar-pelajar sekolah menengah tempatan datang untuk membantu menyokong rejim latihan bagi atlet Malaysia itu. Dengan bimbingan jurulatih-jurulatih atlet, pakar diet sukan dan pakar-pakar lain di kem latihan itu, atlet-atlet itu dapat menjalani latihan dalam keadaan terbaik mereka.

Atlet-atlet Malaysia turut mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan dengan beberapa pemain badminton pilihan Ehime dan pada masa yang sama menawarkan bimbingan badminton kepada pemain junior dan pelajar sekolah menengah tempatan. Wajar diambil perhatian adalah lawatan atlet ke kawasan yang terjejas oleh hujan lebat pada Julai 2018. Sambil mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti dengan pelajar sekolah menengah tempatan, pasukan Malaysia itu turut menyampaikan sebuah autograf galakan yang menyentuh hati penduduk tempatan. Atlet-atlet junior Ehime dapat menyaksikan persembahan yang bermutu tinggi yang dapat memotivasikan mereka selanjutnya untuk memperbaiki diri, dan mendapat pengalaman yang tidak ternilai melalui pertukaran ini.

Foto 2: Perlawanan persahabatan, kelas badminton dan autograf galakan daripada atlet Malaysia
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M104723/201811280888/_prw_PI2fl_F3hy3Q6p.png



Semasa kem latihan itu, atlet-atlet Malaysia juga telah melawat mata air panas tertua di Jepun, Dogo Onsen, dan menikmati beberapa pemandangan indah dengan berbasikal di jalan "Shimanami Kaido" yang dihubungkan oleh satu rangkaian 10 jambatan yang menghubungkan Wilayah Ehime ke Wilayah Hiroshima yang merentasi laut.
 
Foto 3: Dogo Onsen dan berbasikal Shimanami
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M104723/201811280888/_prw_PI3fl_o98Oh7h7.jpg

 

Pasukan senior dan junior itu akan masing-masing melawat Ehime sekali lagi pada tahun 2019 untuk menjalani kem latihan selama dua minggu, dan pada tahun 2020 ahli-ahli pilihan terbaik daripada pasukan kebangsaan itu akan sekali lagi melawat Ehime sebelum Sukan Olimpik itu.

https://www.visitehimejapan.com/en

Sumber: Wilayah Ehime

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.