ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  TOKOPEDIA MEMPEROLEHI AS$1.1 BILION DALAM PUSINGAN PEMBIAYAAN TERKINI

Wednesday 12/12/2018



 
  • SoftBank Vision Fund, Kumpulan Alibaba dan pelabur-pelabur sedia ada mengambil bahagian di dalam pusingan pembiayaan terkini
  • Tokopedia merancang untuk menggunakan dana itu bagi terus melabur di dalam teknologi dan infrastruktur di Indonesia bagi menyokong ekosistem perdagangan, logistik, pemenuhan, pembayaran dan perkhidmatan kewangan

JAKARTA, Indonesia, 12 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PT Tokopedia, syarikat teknologi terkemuka di Indonesia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi AS$1.1 bilion dalam pusingan pembiayaan terkini mereka.

Pembiayaan itu diterajui oleh SoftBank Vision Fund dan Kumpulan Alibaba dengan penyertaan oleh Softbank Ventures Korea dan pelabur sedia ada yang lain.

Tokopedia akan terus memberikan tumpuan kepada pasaran Indonesia dan memacukan pembangunan ekonomi dan kemasukan kewangan di Indonesia. Syarikat itu menjangkakan untuk menggunakan dana itu bagi membina teknologi dan infrastruktur yang memberi kuasa kepada berjuta-juta perniagaan tempatan untuk berkembang, serta menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik.

William Tanuwijaya, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Tokopedia, berkata: "Dalam tempoh sembilan tahun pertama kami, Tokopedia memberi tumpuan untuk membina tempat pasaran terbesar Indonesia bagi barangan fizikal dan digital. Menuju ke tahun kesepuluh kami, Tokopedia sedang mengembangkan ekosistem kami kepada infrastruktur sebagai satu perkhidmatan di mana teknologi logistik, pemenuhan, pembayaran dan perkhidmatan kewangan kami akan memberi kuasa kepada perdagangan, baik dalam talian dan di luar talian. Ini akan memperluaskan skala dan jangkauan Tokopedia dan pada masa yang sama meningkatkan kecekapan operasi untuk berjuta-juta perniagaan dan rakan-rakan di dalam ekosistem kami dan seterusnya misi kami untuk mendemokrasikan perdagangan melalui teknologi di Indonesia."

"Sejak penubuhannya, Tokopedia telah membantu berjuta-juta PKS Indonesia menjual produk secara digital di seluruh kepulauan itu," kata Lydia Jett, pelabur kanan di SoftBank Investment Advisers dan ahli Lembaga Tokopedia. "Tokopedia sudah menyediakan kepada berjuta-juta pengguna dengan akses kepada lebih dari 100 juta produk, dan syarikat itu berada pada kedudukan yang baik untuk melayani berjuta-juta lagi kerana penerimaan internet terus berkembang pesat di rantau itu. Kami percaya dalam memperjuangkan keusahawanan tempatan dan melihat satu landasan yang panjang bagi pertumbuhan berterusan syarikat itu."

"Kami melihat misi kami – bagi menjadikannya mudah untuk menjalankan perniagaan di mana-mana sahaja – terpantul di dalam perjalanan Tokopedia," kata Kenny Ho, Ketua bagi Pelaburan, Asia Tenggara dan India di Kumpulan Alibaba. "Kami sangat teruja untuk memperdalamkan perhubungan kami dengan Tokopedia dalam membolehkan perniagaan kecil Indonesia dan mempercepatkan pembangunan ekonomi Indonesia."

Tokopedia memberi perkhidmatan kepada 93% daripada daerah-daerah di Indonesia merentasi 17,000 buah pulau. Pada tahun lalu, syarikat itu telah meningkat empat kali ganda nilai dagangan kasar mereka dan kini menyediakan penghantaran pada hari yang sama kepada 25% daripada pelanggan mereka. Tokopedia komited untuk memberi perkhidmatan kepada Indonesia dan akan bekerjasama dengan rakan-rakan mereka bagi membina teknologi dan infrastruktur yang terbaik bagi membuka potensi dan peluang untuk seratus juta pengguna yang seterusnya.

Maklumat mengenai Tokopedia

Tokopedia adalah sebuah syarikat teknologi Indonesia dengan misi untuk mendemokrasikan perdagangan melalui teknologi. Ia mempunyai sebuah platform tempat pasaran yang terkemuka di Indonesia, yang memberi kuasa kepada berjuta-juta pedagang dan pengguna untuk mengambil bahagian di dalam masa depan perdagangan. Visi Tokopedia adalah untuk membina sebuah ekosistem di mana semua orang boleh memulakan dan menemui apa-apa dengan mudah.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181211006019/en/

Hubungi

Untuk pertanyaan media
Indonesia: Antonia Adega | antonia.adega@tokopedia.com
Antarabangsa: Priscilla Anais | priscilla@tokopedia.com

Sumber : Tokopedia
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.