ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KENYATAAN MEDIA YB PUAN TERESA KOK MENTERI INDUSTRI UTAMA KENAIKAN PARAS HARGA PENGAKTIFAN (PHP) BAGI INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG)

Wednesday 12/12/2018



KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- YB. Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia, ketika sesi Penggulungan Belanjawan 2019 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat pada Rabu, 21 November 2018 telah mengumumkan kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.20 kepada RM2.50 bagi sekilogram getah (cuplump) di peringkat ladang.
 
Kementerian Industri Utama (MPI) amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas pengumuman yang tepat pada masanya. Pengumuman ini menunjukkan penghargaan Kerajaan terhadap kepentingan dan sumbangan para pekebun kecil getah kepada ekonomi negara serta membela nasib dan kebajikan golongan berkenaan. Kenaikan PHP daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram ialah langkah jangka pendek menangani kejatuhan harga getah pada ketika ini.
 
Dengan peningkatan PHP sebanyak RM0.30 daripada kadar sebelum ini, para pekebun kecil akan menikmati yang lebih baik bagi setiap kilogram getah yang dihasilkan berdasarkan harga getah semasa. Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan bersesuaian pada tahun 2019 sebagai tambahan kepada RM50 juta yang diumumkan dalam Bajet 2019.
 
Justeru, mulai 1 Januari 2019 IPG akan diaktifkan dengan kadar baharu iaitu sekiranya harga getah (cuplump) di peringkat ladang jatuh di bawah PHP RM2.50 sekilogram dengan mengambil kira pengeluaran getah bagi bulan sebelumnya. Pemberian insentif ini diharap akan meringankan beban pekebun kecil getah dan membolehkan mereka terus menyumbang kepada pembangunan industri getah.
 
Pada masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Industri Utama dan agensi-agensi lain yang berkaitan, akan terus menggembleng tenaga mengkaji dan melaksana langkah jangka panjang bagi membantu pekebun kecil getah dalam menghadapi impak kejatuhan harga komoditi.
 
Sumber: Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: MOHD HILMI MOHD ALI

Pegawai Komunikasi Strategik I
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Tel: 
03-8880 3325
Faks: 03-8887 8205
Emel: hilmihajiali@mpi.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.