ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  DOUBLEVERIFY MELANCARKAN PENGESAHAN KESELAMATAN DAN KESESUAIAN JENAMA MERENTASI YOUTUBE, MEMPERLUASKAN LIPUTAN KUALITI UNTUK JENAMA GLOBAL

Friday 14/12/2018



DV mengembangkan perkongsiannya dengan YouTube untuk mengenal pasti kandungan generik, mendayakan ukuran penyediaan Authentic Impression
 

NEW YORK, 14 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DoubleVerify ("DV"), peneraju penyedia bebas perisian dan analisis ukuran pasaran, hari ini mengumumkan perkongsian yang diperluaskan dengan YouTube dalam menyediakan ukuran keselamatan dan kesesuaian jenama bagi kempen yang dijalankan pada platform tersebut. Perkongsian ini mendorong ketelusan kempen yang lebih tinggi dan membuka potensi berprestasi kepada pengiklan yang mahu mengelakkan kandungan yang tidak sesuai atau kategori yang kurang relevan dengan jenama.
 
“Kami teruja untuk memasuki fasa baharu perkongsian dengan YouTube,” kata Wayne Gattinella, CEO DoubleVerify. “Hari ini, kesesuaian jenama adalah jangkaan utama pengiklan – merentasi semua jenis media dan platform pembelian. Dengan perkongsian yang diperluaskan ini, DoubleVerify dapat memastikan kesesuaian jenama pada platform video dalam talian terkemuka dunia ini.”
 
Pengiklan YouTube kini berpeluang memperoleh manfaat daripada liputan Keselamatan dan Kesesuaian Jenama terbaik DV, yang menyediakan metodologi pengesahan pihak ketiga yang konsisten, selari dengan usaha ukuran media mereka yang lebih luas. Pengiklan akan menerima maklumat terperinci tentang kesesuaian media yang digunakan untuk kempen video mereka, mencipta gelung suap balik berterusan yang meningkatkan sasaran kempen.
 
Secara khususnya, kawalan Keselamatan dan Kesesuaian Jenama memberikan pengiklan akses kepada pemantauan DV terhadap 11 kategori yang mampu menggugat keselamatan jenama, seperti keganasan, ucapan hina dan pornografi.
 
Pengiklan juga boleh memilih sehingga 10 kategori Sasaran Jenama tambahan, seperti haiwan peliharaan, automotif dan pelancongan – berdasarkan kaitannya dengan jenama.
 
“Kami memberi pengiklan risikan komprehensif dan pemahaman yang boleh diaplikasikan untuk membantu mereka mengelakkan media generik,” tambah Gattinella. “Sama ada kandungan menjejaskan ekuiti jenama atau sekadar tidak berkaitan, kami membantu pengiklan memaksimumkan kejayaan kempen di YouTube.”
 
Sistem pengelasan kandungan terbaik DoubleVerify merentasi peranti – mudah alih, desktop dan CTV – serta 20 bahasa berbeza. Kawalan Keselamatan dan Kesesuaian Jenama tersedia menerusi platform perkhidmatan dan prestasi utama DoubleVerify, DV Pinnacle® – untuk inventori YouTube Auction dan YouTube Reserve, termasuk TrueView, Bumper Ads dan Google Preferred.
 
Pada Oktober 2016, DoubleVerify dan YouTube menjalinkan perkongsian untuk ukuran kebolehlihatan dan penipuan merentasi platform tersebut. Penambahan keselamatan dan kesesuaian jenama membolehkan DV mengukur penyediaan DV Authentic Impression® – metrik kualiti dan keberkesanan media proprietari dengan akreditasi MRC – pada YouTube. Untuk dikira sebagai Authentic, impresi mesti dilihat secara sepenuhnya, oleh orang sebenar, dalam persekitaran yang sesuai dengan jenama.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggabungkan DoubleVerify dengan YouTube pada kempen iklan digital, sila hubungi sales@doubleverify.com.
 
Perihal DoubleVerify
 
DoubleVerify ialah peneraju penyedia bebas untuk perisian, data dan analisis ukuran pemasaran yang mengesahkan kualiti dan keberkesanan media digital untuk jenama dan platform media terbesar dunia. DV menyediakan ketelusan dan kebertanggungjawapan media untuk memberikan kualiti impresi tahap tertinggi demi prestasi pengiklanan maksimum. Sejak 2008, DV telah membantu ratusan syarikat Fortune 500 memperoleh yang terbanyak daripada perbelanjaan media mereka dengan memberikan penyelesaian terbaik merentasi ekosistem digital, yang membantu membina industri lebih baik. Ketahui lebih lanjut di doubleverify.com.
 
Hubungan PR:
Chris Harihar dari Crenshaw Communications, bagi pihak DoubleVerify
chris@crenshawcomm.com
212.367.9748
 
Sumber: DoubleVerify
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.