ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA HAINAN YANG PERTAMA BERMULA UNTUK MEWUJUDKAN SEBUAH "FESTIVAL FILEM YANG TIADA BERPENGHUJUNG"

Friday 14/12/2018

AsiaNet 76767

SANYA, China, 14 Dis., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Majlis perasmian bagi Festival Filem Antarabangsa Hainan (HIFF) yang pertama telah diadakan di Sanya pada 11 Disember, yang menyaksikan sebuah festival filem yang hebat buat peminat filem China dan asing. Dengan matlamat untuk merealisasikan "panorama filem sepanjang tahun, unjuran filem di seluruh pulau, filem yang popular, dan liputan rantaian industri yang lengkap", ia bersedia untuk mewujudkan sebuah "Festival Filem Antarabangsa yang tiada berpenghujung".

Jackie Chan, seorang pelakon terkenal di peringkat antarabangsa, dinamakan sebagai duta promosi untuk festival tersebut. HIFF yang pertama telah menarik hampir 100 pembuat film terkemuka dari negara-negara dan wilayah seperti Amerika Syarikat, Perancis, India dan Turki. Nicholas Cage, Maggie Q, Zhang Zhen dan banyak lagi bintang filem dan televisyen terkenal hadir pada majlis perasmian itu.

Semasa festival itu, sebagai tambahan kepada "Pameran Filem Antarabangsa" dan "Forum Filem", tiga aktiviti tematik utama termasuk "Persidangan Promosi Filem Baharu 2019", "Pameran Promosi Tempat Penggambaran Kebangsaan Pertama" dan "Program Pengurangan Kemiskinan Starlight" akan juga diadakan. Di antara aktiviti ini, "Persidangan Promosi Filem Baharu 2019" merupakan satu daripada acara penting dalam festival filem ini. Banyak penerbit dan pencipta filem terkenal akan memperkenal dan mempromosikan filem-filem bagi pihak pengurus pawagam dari 2,000 pawagam dengan berpuluh juta box office dan pengurus bagi 48 pawagam arus perdana bandar dari lebih 100 bandar raya di seluruh negara, agar dapat membuat filem-filem baharu yang sangat baik dicapai oleh pasaran secara langsung. "Pameran Promosi Tempat Penggambaran Kebangsaan Pertama" bertujuan untuk mempromosikan integrasi sumber budaya dan pelancongan di wilayah yang berbeza dengan mengambil peluang daripada festival filem dan memanfaatkan sumber media.

Tong Daochi, ahli bagi Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa CPC Wilayah Hainan dan Setiausaha bagi Jawatankuasa CPC Perbandaran Sanya, berkata bahawa HIFF akan menggalakkan pertukaran di antara China dan rakyat dari seluruh dunia melalui pameran filem di seluruh wilayah Hainan. Dan Hainan akan dibentuk menjadi sebuah kawasan teras yang lebih berpengaruh untuk pembangunan filem di China dan juga di Asia.

Dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan, festival itu merupakan satu daripada projek perintis untuk membina zon perdagangan bebas perintis dan pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri Cina di Hainan. Lebih daripada 100 hasil karya dari lebih 30 buah negara dan wilayah dipamerkan. Anugerah Kelapa Emas adalah Anugerah dalam unit persaingan utama. Di samping itu, Kawasan Indah Sanya Dadonghai akan dibuka kepada orang ramai secara percuma sebagai sebuah pawagam pantai pada setiap malam semasa festival itu dari 11 Disember hingga 16 Disember.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur HIFF

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.