ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  ANCAMAN BOM DI HOSPITAL TAMPIN

Friday 14/12/2018



KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Hospital Tampin, Negeri Sembilan telah menerima ancaman bom melalui panggilan telefon daripada seorang pemanggil yang tidak dikenali pada pukul 5.50 pagi. Berdasarkan Pelan Tindakan Bencana peringkat Hospital dan Daerah, beberapa agensi seperti PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin, Rembau dan Seremban, Pejabat Daerah Tampin, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Unit Skuad Pemusnah Bom Seremban telah digerakkan untuk operasi ancaman bom. 
 
Semasa kejadian, seramai 90 orang pesakit dan 189 kakitangan hospital berada di Hospital Tampin bersedia untuk dievakuasi. Daripada jumlah tersebut, terdapat 14 orang pesakit berada dalam keadaan kritikal. Pihak PDRM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bom ditemui dalam kawasan hospital setelah operasi selesai dijalankan pada pukul 9.50 pagi.
 
KKM memandang serius akan kejadiaan ini kerana telah membahayakan nyawa pesakit dan kakitangan hospital. Pihak Kementerian berharap pihak berwajib akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pihak yang berniat jahat menggangu atau mensabotaj perkhidmatan di mana-mana fasiliti kesihatan sehingga mengancam keselamatan pesakit dan petugas kesihatan.
 
 
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
14 Disember 2018 

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : BAHARUDIN BIN MOHAMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88834536 / 017-2635008
Faks : 03-88886187

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.