ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI HOSPITAL PUTRAJAYA

Friday 14/12/2018



KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum terhadap satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 14 Disember 2018 berhubung pengawal keselamatan di Hospital Putrajaya yang tidak dibayar gaji selama tiga (3) bulan.
 
KKM telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata), Bersenjata dan Cash In Transit di Hospital Putrajaya bagi tempoh dua (2) tahun mulai 1 Jun 2017 sehingga 1 Jun 2019 dengan syarikat kawalan keselamatan tersebut. Berdasarkan Perjanjian tersebut, syarikat adalah bertanggungjawab untuk membayar gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bayaran kerja lebih masa dan sebagainya kepada pengawal keselamatan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa termasuk Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang berkenaan.
 
KKM telah membuat bayaran perkhidmatan kawalan keselamatan kepada syarikat tersebut bagi tempoh mulai 1 Jun 2017 sehingga 30 November 2018 dan tiada bayaran tertunggak bagi tempoh tersebut. KKM juga tidak mendapat sebarang aduan tentang pengawal keselamatan di di Hospital Putrajaya tidak dibayar gaji selama tiga (3) bulan.
 
KKM juga ingin memaklumkan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata), Bersenjata dan Cash In Transit di Hospital Putrajaya oleh syarikat tersebut telah ditamatkan berkuatkuasa mulai 16 Disember 2018 melalui Notis Penamatan Perkhidmatan bertarikh 12 Disember 2018 kerana pelanggaran syarat Perjanjian.
 
YBhg. Dato' Seri Dr Chen Chaw Min
Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia
14 Disember 2018
 
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-8883 3675/019-3265122

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.