PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Januari 19, 2019 -Sabtu

 
  ​LEDDARTECH MENYERTAI PLATFORM TERBUKA PEMANDUAN BERAUTONOMI APOLLO MILIK BAIDU

Wednesday 09/01/2019



LeddarTech menyertai platform terbuka pemanduan berautonomi Apollo milik Baidu dengan produk LiDAR melalui sumber terbuka SDK

BANDAR QUEBEC, 9 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling versatil dan boleh diskala, mengumumkan penyepaduan produk LiDAR LeddarTech ke dalam Apollo, platform terbuka pemanduan berautomasi Baidu.

Produk LeddarTech kini serasi dengan Apollo 3.5, versi terbaru platform tersebut, melalui penyepaduan kit pembangunan perisian (SDK) sumber terbuka yang akan memudahkan pembangunan untuk pembekal Peringkat 1, OEM dan pembangun aplikasi yang ingin menggunakan produk LeddarTech dalam platform terbuka Apollo.

Platform LiDAR auto dan mobiliti LeddarTech melengkapkan pembekal utama dengan teknologi, alat dan sumber yang mereka perlukan untuk mereka bentuk tawaran LiDAR dibezakan sendiri dan untuk mematuhi keperluan khusus pelbagai aplikasi sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) dan pemanduan berautonomi (AD). Di teras platform merupakan LeddarEngine, yang terdiri daripada SoC teroptimum tinggi dan perisian pemproses isyarat yang telah direka bentuk untuk mematuhi standard ISO 26262 ASIL-B dan akan membenarkan pelanggan LeddarTech untuk menyediakan sensor LiDAR gred automotif yang memenuhi keperluan keselamatan fungsian.

“Platform terbuka ialah model berkuasa yang menggalakkan usahasama nilai tambahan yang sama menang dalam keseluruhan rantai bekalan automotif,” kata Frantz Saintellemy, Presiden dan COO LeddarTech.  “Dengan SDK sumber terbuka kami untuk platform Apollo, format output data akan membenarkan perbandingan dan pembangunan sistem yang lebih mudah,” tambah Saintellemy. “Capaian global yang meluas oleh rakan kongsi Apollo menyediakan banyak peluang baharu untuk mempercepatkan penerimaan platform LiDAR kami merentasi industri.”

Apollo berfungsi sebagai platform perisian yang terbuka, boleh dipercayai dan selamat untuk rakan kongsi membangunkan sistem pemanduan berautomasi mereka sendiri melalui platform pada kenderaan dan perkakasan. Apollo mempercepatkan pembangunan, pengujian dan pengerahan kenderaan berautomasi.
Apollo mengalu-alukan LeddarTech sebagai rakan kongsi platform pembangunan terbukanya yang baharu kerana kini semua rakan kongsi Apollo akan mendapat manfaat daripada akses terbuka yang distandardkan kepada teknologi LiDAR, pembangunan yang sangat memudahkan dan projek yang disepadukan milik LeddarTech.

Kedua-dua syarikat menyertai CES 2019 di Las Vegas, Nevada pada 8-12 Januari. Pavilion LeddarTech akan bertempat di CP-16 dan Apollo Baidu-akan berada di Pavilion Westgate #1814.

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform pembangunan LiDAR auto dan mobiliti yang paling versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif, SoC yang diluluskan keselamatan fungsi yang digunakan di samping perisian pemproses isyarat LeddarSP. Syarikat ini telah menghasilkan inovasi dalam aplikasi pengesanan jauh mobiliti tercanggih, teknologinya yang dipatenkan meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi untuk kereta, trak, bas, kenderaan penghantaran, robotaxi, kenderaan ulang-alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.leddartech.com dan di LinkedInTwitterFacebook dan YouTube.

LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.

Hubungan LeddarTech: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi
+1-418-653-9000 samb. 232 | Daniel.Aitken@Leddartech.com

SUMBER: LeddarTech inc.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.