PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Jun 19, 2019 -Rabu

 
  MARY KAY EROPAH MEMENANGI GANGSA PADA ANUGERAH KECEMERLANGAN BRANDON HALL GROUP 2018 DALAM TEKNOLOGI

Friday 11/01/2019



Anugerah yang Menjadi Rebutan itu Memberi Penghormatan kepada Sistem Pendidikan Jualan Paut & Belajar™ yang baharu, berinovatif

DALLAS, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Brandon Hall Group, satu daripada organisasi penyelidikan yang paling terkenal dan mantap di dalam industri peningkatan prestasi, mengiktiraf Mary Kay dengan satu anugerah Gangsa Brandon Hall Group bagi kecemerlangan di dalam kategori Kemajuan Terbaik dalam Teknologi Pengurusan Pembelajaran untuk Latihan Luaran.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190110005091/en/

Anugerah itu memberi penghormatan kepada sistem pendidikan jualan global Paut & Belajar™ yang baharu dan berinovatif bagi syarikat kecantikan itu. Sebuah panel terdiri daripada veteran, pakar-pakar industri kanan bebas bersama-sama dengan penganalisis dan eksekutif Brandon Hall Group telah menilai penyertaan itu. Pemenang-pemenang anugerah itu akan diberi penghormatan pada Persidangan Kecemerlangan Pengurusan Modal Insan yang dianjurkan oleh Brandon Hall di West Palm Beach Florida pada Januari.

Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay di sembilan pasaran Eropah adalah di antara yang pertama yang mengalami kurikulum pembelajaran yang mantap yang direka untuk memantapkan sokongan pendidikan bagi tenaga jualan bebas dan meningkatkan kejayaan perniagaan mereka. Platform e-pembelajaran yang berinovatif menghubungkan Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay dengan sebuah komuniti pembelajaran yang didasarkan kepada kandungan, akses dan penyetempatan.

“Mary Kay memupuk sebuah budaya inovasi dan kami mendapat penghormatan untuk menerima anugerah Gangsa Brandon Hall Group 2018 bagi usaha gigih yang dihasilkan ke dalam pelancaran teknologi Paut & Belajar™ kami,” kata Beth Lopez, Naib Presiden bagi Pendidikan Jualan Global untuk Mary Kay dan Naib Presiden bagi Jualan dan Pemasaran untuk Mary Kay Inc. Wilayah Eropah. “Reaksi dan penglibatan kepada sistem pendidikan jualan baharu itu adalah sangat positif dan kami akan terus bekerjasama dengan pasaran Mary Kay kami untuk melancarkan platform berinovatif dan memenangi anugerah ini untuk membantu meneruskan misi kami dalam memperkayakan kehidupan wanita di seluruh dunia.”

Anugerah Kecemerlangan Brandon Hall Group dalam Teknologi mengiktiraf organisasi yang telah berjaya menggerakkan program, strategi, modaliti, proses, sistem dan peralatan yang telah mencapai hasil yang boleh diukur. Penyertaan bagi penghargaan itu adalah berdasarkan kepada kriteria termasuk inovasi cemerlang, pembezaan unik dan proposisi nilai.

“Kami berbangga untuk memberi penghormatan kepada inovator. Ketika pengurusan modal insan terus berkembang, kreativiti bagi pemenang anugerah itu amatlah cemerlang,” kata Rachel Cooke, Ketua Pegawai Operasi bagi Brandon Hall Group dan Ketua bagi Program Anugerah. “Organisasi dari semua saiz menunjukkan bahawa kreativiti dan teknologi boleh mencipta pengalaman kerja baharu dan lebih baik.”

Untuk satu senarai lengkap bagi pemenang anugerah Brandon Hall Group, klik di sini.

Maklumat mengenai Mary Kay

Di Mary Kay, kejayaan terletak pada dedikasi kami terhadap produk-produk yang sangat menarik, satu peluang yang memberi ganjaran dan impak masyarakat yang positif. Selama 55 tahun, Mary Kay telah memberi inspirasi kepada wanita untuk mencapai matlamat keusahawanan mereka di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat berbilion dolar, kami menawarkan penjagaan kulit termaju yang terkini, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berani. Ketahui lebih banyak sebab untuk mencintai Mary Kay di marykay.com.

Maklumat mengenai Brandon Hall Group, Inc.

Dengan lebih 10,000 pelanggan di peringkat global dan 20 tahun menyampaikan perkhidmatan penyelidikan dan nasihat bertaraf dunia, Brandon Hall Group merupakan organisasi penyelidikan yang paling terkenal dan mantap di dalam industri peningkatan prestasi. Kami menjalankan penyelidikan yang memacukan prestasi dan menyediakan pandangan strategik untuk eksekutif dan pengamal yang bertanggungjawab bagi pertumbuhan dan hasil perniagaan. Brandon Hall Group mempunyai repositori yang luas bagi kepimpinan pemikiran, penyelidikan dan kepakaran di dalam Pembelajaran dan Pembangunan, Pengurusan Bakat, Pembangunan Kepimpinan, Pemerolehan Bakat dan Sumber Manusia. Pada teras penawaran kami adalah satu Program Keahlian yang Memperkasakan Kecemerlangan Melalui Kandungan, Kolaborasi dan Komuniti. Ahli-ahli kami mempunyai akses kepada penyelidikan yang membantu mereka membuat keputusan yang tepat mengenai orang ramai, proses, dan sistem, digabungkan dengan perkhidmatan nasihat yang dijanakan oleh penyelidikan yang disesuaikan dengan keperluan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.brandonhall.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190110005091/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.