ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  TERNS PHARMACEUTICALS MENGUMUMKAN PELANTIKAN ERIN QUIRK, M.D., SEBAGAI KETUA PEGAWAI PERUBATAN

Friday 18/01/2019



SAN MATEO, Calif. & SHANGHAI, 18 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terns Pharmaceuticals Inc., sebuah syarikat biofarmaseutikal bertaraf global yang memberi perhatian kepada menemui dan membangunkan ubat-ubatan sasaran molekul, melalui mulut, molekul kecil bagi merawat NASH dan kanser, hari ini mengumumkan pelantikan Erin Quirk, M.D. sebagai Ketua Pegawai Perubatan (CMO). Dr. Quirk membawa bersama lebih dua dekad pengalaman bagi perubatan klinikal dan pembangunan ubat, yang terbaharu berkhidmat sebagai Naib Presiden bagi Penyelidikan Klinikal di Gilead Sciences.
 
“Erin adalah seorang doktor yang sangat berpengalaman dengan mempunyai rekod pencapaian yang luas dalam membangun dan mendaftarkan rawatan baharu bagi penyakit berjangkit dan penyakit hati. Kepakaran beliau sangat berharga ketika kami memajukan portfolio ubat NASH kami, termasuk TERN-101, TERN-201, dan calon-calon saluran masa depan, melalui klinik itu,” kata Weidong Zhong, Ph.D., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Terns. “Kami sangat gembira kerana Erin menyertai kami pada masa kritikal ini dalam pertumbuhan syarikat kami, kerana kepimpinan dan latar belakang beliau yang terbukti di dalam pembangunan ubat di peringkat awal dan tahap lewat membuat beliau sesuai untuk memimpin pasukan pembangunan klinikal Terns yang sedang berkembang ini.”
 
Dr. Quirk berkata, “Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang berdedikasi ini yang memberi tumpuan kepada membangunkan rawatan bagi NASH, yang pada masa ini tidak mempunyai rawatan yang diluluskan. Saya tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan latar belakang pembangunan klinikal saya untuk memajukan calon-calon ubat yang penting ini.”
 
Sebelum ini Dr. Quirk adalah merupakan Naib Presiden, Penyelidikan Klinikal di Gilead Sciences di mana beliau mengawasi semua peringkat perkembangan klinikal untuk francais rawatan, pencegahan dan penyembuhan HIV Gilead dan bertanggungjawab bagi strategi dan penyelenggaraan kitaran hayat untuk portfolio HIV syarikat, memajukan pelbagai produk kompaun dan gabungan ke dalam pembangunan klinikal dan melalui proses kelulusan. Beliau juga mengetuai pembangunan klinikal bagi molekul kecil di dalam portfolio penyakit viral yang baru muncul dan diabaikan di Gilead, termasuk antiviral untuk penyakit virus Ebola. Sebelum menyertai Gilead, Dr. Quirk adalah Pengarah bagi Penyelidikan Klinikal di Merck di mana beliau memajukan ujian klinikal untuk produk-produk vaksin percubaan HIV di Merck dan menyelia perkembangan klinikal bagi molekul kecil untuk jangkitan virus hepatitis C. Dr. Quirk memiliki MD dari University of Colorado dan menamatkan latihan dalam ubat-ubatan dalaman dan penyakit berjangkit di Washington University di St. Louis di mana beliau adalah seorang ahli fakulti sebelum menyertai industri farmaseutikal.
 
Maklumat mengenai Terns Pharmaceuticals

Berpangkalan di San Mateo, CA., dan Shanghai, China, Terns Pharmaceuticals adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal bertaraf dunia yang komited kepada menemui dan membangunkan ubat-ubatan sasaran molekul, melalui mulut, molekul kecil bagi merawat penyakit hati dan kanser. Syarikat itu menggabungkan kepakaran di dalam biologi penyakit, kimia perubatan dan keupayaan pembangunan klinikal secara meluas di China untuk memajukan saluran ubat mereka yang semakin berkembang yang dioptimumkan berbanding sasaran yang disahkan secara klinikal atau sasaran yang mempunyai pengesahan praklinik yang signifikan. Dengan menggunakan sebuah model penemuan ubat yang cekap modal, misi syarikat itu adalah untuk membawa terapi baharu yang berpotensi kepada pesakit di pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan melalui program pembangunan khusus global dan rantau. Terns merancang untuk menumpukan aktiviti pembangunan awal mengenai kelulusan kawal selia di China dan menerokai pembangunan klinikal di pasaran global tambahan. Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.TernsPharma.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190117005018/en/
 
Hubungi
 
Hubungan Media Amerika Syarikat:
Margaret Robinson
+(415)-690-0084
 
Hubungan Media China:
Eddy Wu
+ 86 180 1631 1449
 
Sumber : Terns Pharmaceuticals Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.