ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  CADANGAN KEAMANAN OLEH PEMIMPIN BUDDHA MENGGESA AGAR TINDAKAN SEGERA TERHADAP PELUCUTAN SENJATA DAN PERANAN YANG DIPERTINGKATKAN BAGI GOLONGAN BELIA

Tuesday 29/01/2019

AsiaNet 77224

TOKYO, 28 Jan., 2019/Kyodo JBN- AsiaNet/--
 
Pada 26 Januari, cadangan keamanan tahunan kali ke-37 oleh Daisaku Ikeda, presiden bagi pergerakan fahaman Buddha Soka Gakkai International (SGI), telah dikeluarkan, yang bertajuk "Ke Arah satu Era Baharu bagi Keamanan dan Pelucutan Senjata: Satu Pendekatan yang Berpusatkan Rakyat."

Tema utama bagi cadangan itu adalah keperluan bagi usaha bersepadu dalam pelucutan senjata, terutamanya mempercepatkan kemajuan ke arah pemusnahan senjata nuklear di sekitar Perjanjian 2017 mengenai Larangan Senjata Nuklear (TPNW). Ikeda juga menegaskan tentang bahaya bagi Sistem Senjata Autonomi yang boleh Membawa Maut yang baru muncul (LAWS) dan mencadangkan diadakan segera satu persidangan untuk merundingkan satu perjanjian yang mengharamkan senjata-senjata ini.

Sambil memuji Agenda Pelucutan Senjata Mei 2018 oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Ikeda menyokong satu peralihan daripada melihat aspek keselamatan semata-mata dari segi keselamatan negara atau ketenteraan kepada satu tumpuan manusia, fahaman pelbagai hala yang berpusatkan rakyat yang didasarkan kepada usaha untuk membina sebuah dunia di mana semua orang boleh menikmati keselamatan yang penuh bermakna.

Beliau mengambil kira bagaimana kerumitan dan skala cabaran global dapat membuat golongan belia merasa bahawa perubahan positif adalah mustahil. Beliau menggesa mereka agar berusaha menentang perasaan putus harapan dan "menghadapi cabaran hebat pada zaman kita sebagai agen proaktif dan perubahan yang tular."

Ikeda menggesa penglibatan belia dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) sebagai penting kepada pencapaian mereka. Beliau menyeru bagi pengembangan rangkaian Impak Akademik Bangsa-bangsa Bersatu (UNAI) bagi universiti yang komited untuk menyokong SDG dan mencadangkan satu persidangan dunia bagi universiti-universiti sedemikian pada tahun 2020.

Ikeda juga menyambut baik penetapan belia sebagai tumpuan bagi fasa keempat untuk Program Pendidikan Dunia bagi Pendidikan Hak Asasi Manusia.

Berhubung pemansuhan nuklear, beliau memberi tumpuan kepada memperluaskan pengesahan bagi TPNW itu bagi menguatkuasakan kemasukannya, dan menggesa penciptaan satu kumpulan negara yang sealiran untuk memperdalam perdebatan dan mempromosikan pengesahan - Rakan-rakan TPNW, yang dimodelkan kepada Rakan-rakan bagi Perjanjian Pengharaman Ujian Komprehensif (CTBT). Beliau menyokong agar Jepun mengetuai di dalam inisiatif ini.
Beliau juga menyoroti Rayuan Bandar raya baharu ICAN dan berkaitan inisiatif media sosial #ICANSave.

Sambil menanti-nantikan Persidangan Kajian Semula 2020 bagi Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), Ikeda menggesa agar diambil langkah-langkah seperti penyingkiran kepala peledak nuklear dari status amaran tinggi. Beliau seterusnya mencadangkan bahawa sesi khas keempat bagi Perhimpunan Agung PBB yang dikhaskan kepada pelucutan senjata (SSOD-IV) diadakan pada tahun 2021. 

Satu lagi tumpuan adalah SDG berhubung pengurusan sumber air. Ikeda berharap agar Jepun, China dan Korea Selatan akan bekerjasama untuk menyokong negara-negara di Timur Tengah dan Afrika di mana permintaan untuk penggunaan semula air dan penyahgaraman semakin meningkat.

Soka Gakkai International (SGI) adalah sebuah rangkaian berasaskan komuniti yang mempromosikan kemanusiaan dan kedamaian Buddha dengan 12 juta ahli di seluruh dunia. Presiden SGI Daisaku Ikeda (1928 - ) telah mengeluarkan cadangan-cadangan keamanan yang menawarkan perspektif dan penyelesaian fahaman Buddha kepada masalah global pada 26 Januari pada setiap tahun sejak tahun 1983, untuk memperingati penubuhan SGI. Lihat: www.sgi.org
 
Sumber: Soka Gakkai International
 
Hubungi:
Yuki Kawanaka
Pejabat bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai International
Tel: +81-80-5957-4919
E-mel: kawanaka[at]soka.jp

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.