ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SANTEN ANJUR ACARA UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN AWAM MENGENAI PENTINGNYA RAWATAN GLAUKOMA YANG BERTERUSAN SEBELUM MENAJA MINGGU GLAUKOMA SEDUNIA PADA MAC

Monday 04/02/2019



AsiaNet 77256
 
OSAKA, Jepun, 30 Jan., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap glaukoma, Santen Pharmaceutical Co., Ltd. (selepas ini "Santen"), yang berpangkalan di Osaka, akan menaja aktiviti peningkatan kesedaran glaukoma yang akan dijalankan di seluruh dunia semasa Minggu Glaukoma Sedunia, dari Ahad, 10 Mac, sehingga Sabtu, 16 Mac, 2019.
 
Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik, yang menyebabkan kehilangan medan penglihatan secara progresif. Walaupun penyakit ini boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan jika tidak dirawat, rawatan awal seringkali membolehkan pesakit untuk mengekalkan medan penglihatan sepanjang hayat mereka. Oleh itu, pengesanan awal melalui perundingan oftalmik adalah titik permulaan yang sewajarnya apabila merawat glaukoma. Persatuan Glaukoma Sedunia, yang mana Santen adalah merupakan sebuah Ahli Bersekutu Industri Glaukoma, menetapkan satu minggu pada setiap Mac sebagai Minggu Glaucoma Sedunia dan menganjurkan pelbagai acara dan aktiviti meningkatkan kesedaran di seluruh dunia untuk menggalakkan orang ramai bagi mengesan dan mula merawat glaukoma seawal mungkin.
 
Santen juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya pengesanan awal dan rawatan yang berterusan ke atas glaukoma. Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, Santen telah menganjurkan acara peningkatan kesedaran penyakit itu "Cadangan untuk Rawatan dan Penjagaan Berterusan" yang mensasarkan pesakit glaukoma di Nagoya, Wilayah Aichi, di bahagian tengah Jepun, pada 17 November 2018. Acara ini termasuk satu pelajaran solekan yang diberikan oleh ahli terapi muka Cik Reiko Kazki (selepas ini "Cik Kazki"), seorang perintis dalam solekan pemulihan*, dan satu syarahan oleh pakar glaukoma Dr. Aiko Iwase (Pengarah bagi Klinik Mata Tajimi Iwase, selepas ini "Dr. Iwase").
 
Foto:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105326/201901292640/_prw_PI1im_hkGVy617.jpg
 
Walaupun banyak jenis ubat titis mata boleh diperolehi untuk merawat glaukoma, ia kadang-kala boleh membawa kesan buruk, seperti hiperpigmentasi (pewarnaan tidak normal) di sekeliling mata dan pendalaman kelopak mata sulkus (mata cengkung).
 
Satu cabaran penting bagi rawatan glaukoma ialah sebahagian pesakit teragak-agak untuk menerima rawatan berterusan ekoran kebimbangan mengenai kesan sampingan atau berhenti menggunakan ubat titis mata berdasarkan kepada penilaian mereka sendiri. Acara ini diadakan untuk memberi pesakit sedemikian dengan peluang untuk mengatasi perasaan mereka tentang kesan buruk itu dan meningkatkan kesedaran mereka mengenai  pentingnya rawatan yang berterusan.
 
Di tempat acara itu, demonstrasi solekan pemulihan* oleh Cik Kazki yang ditujukan pada membuat kesan buruk dari ubat titis mata untuk glaukoma itu hilang telah mendapat teriakan terkejut daripada kedua-dua penonton wanita dan lelaki. Cik Kazki juga memberikan tunjuk ajar solekan secara amali kepada sebahagian daripada penonton. Dr. Iwase menjelaskan dalam ceramah beliau, "Rawatan glaukoma yang berterusan membolehkan pesakit untuk mengekalkan medan penglihatan. Kesan sampingan ubat kadang-kala tidak dapat dielakkan untuk mengiringi rawatan glaukoma, dan ini menyebabkan sebahagian pesakit tawar hati untuk terus menerima rawatan. Keinginan kuat saya untuk mengubah keadaan ini telah mendorong saya untuk mengambil bahagian di dalam acara ini."
 
Santen juga terus menganggap Minggu Glaucoma Sedunia sebagai satu tempoh bagi pekerja-pekerja untuk belajar tentang glaukoma di atas inisiatif mereka sendiri dan menyampaikan apa yang dipelajari itu kepada orang yang mereka sayangi, termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan. Syarikat itu akan menumpukan usaha seterusnya untuk menggalakkan semua pekerja, termasuk mereka yang bekerja di seluruh dunia, untuk mendalami pemahaman mereka berhubung glaukoma.
 
* Solekan pemulihan: Solekan untuk menutup kecacatan atau membantu mengembalikan kepada asal
 
Maklumat mengenai Santen
 
Sebagai sebuah syarikat khusus yang berdedikasi kepada bidang oftalmologi, Santen menjalankan penyelidikan, pembangunan, pemasaran dan penjualan farmaseutikal, produk belian kaunter dan peralatan perubatan. Santen adalah pemimpin pasaran untuk preskripsi farmaseutikal oftalmik di Jepun dan produk mereka kini menjangkau pesakit di lebih 60 buah negara. Dengan pengetahuan saintifik dan keupayaan organisasi yang dipupuk sepanjang sejarahnya selama hampir 130 tahun, Santen menyediakan produk dan perkhidmatan untuk menyumbang kepada kesejahteraan pesakit, orang yang mereka sayangi dan seterusnya kepada masyarakat. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu ialah Akira Kurokawa. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Santen (www.santen.com).
 
Sumber: Santen Pharmaceutical Co., Ltd.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.