ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  MASKARGO AKAN MENINGKATKAN KEBOLEHLIHATAN TEPAT MASA BAGI PENGIRIMAN UNTUK PELANGGAN DAN MEMBOLEHKAN PERKHIDMATAN KARGO TERSEDIA KEPADA LEBIH BANYAK PENGHANTAR BARANG DI SELURUH DUNIA DENGAN MENGGUNAKAN DIGISTICS BERASASKAN AWAN MILIK UNISYS

Thursday 07/02/2019



AsiaNet 77346 
 
KUALA LUMPUR, 6 Feb., 2019 /Medianet International-AsiaNet/--
 
-- Penyelesaian logistik berasaskan awan Digi-IQ dan Digi-Portal akan membantu MASkargo menyediakan kepada pelanggan dengan kebolehlihatan lengkap ke dalam kitaran hayat penghantaran dan menarik lebih banyak tempahan kargo di peringkat global
 
Unisys Corporation (NYSE: UIS) (http://www.unisys.com/) hari ini mengumumkan bahawa MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) (http://www.maskargo.com/), bahagian kargo di Malaysia Airlines, akan meningkatkan lagi transformasi digital bagi perniagaan mereka dengan menggunakan dua penyelesaian logistik digital Unisys Digistics(TM) yang berasaskan awan yang selamat (https://www.unisys.com/offerings/industry-solutions/transportation-industry-solutions/digistics-(logistics-solutions)) untuk menjadikan perkhidmatan kargo syarikat penerbangan itu tersedia kepada pasaran pengangkutan global yang lebih luas dan menyediakan kepada pelanggan dengan kebolehlihatan yang terkemuka di dalam industri merentasi kitaran hayat penghantaran.

Di bawah penglibatan lima tahun yang ditandatangani pada November 2018, MASkargo akan menyertai platform e-dagang Unisys Digi-Portal (https://www.unisys.com/industries/commercial/transportation/Executive Brief/digi-portal-id-3116) untuk mempromosikan inventori mereka kepada komuniti global yang lebih luas dengan lebih daripada 25,000 pembeli di ejen penghantar, syarikat penerbangan, ejen jualan am dan pengendali merentasi lebih 140 buah negara. MASkargo akan juga menggunakan Unisys Digi-IQ (https://assets.unisys.com/Documents/Global/ExecutiveBrief/EX_180140_DigiIQVisibility.pdf) untuk mengesan, melapor dan mengukur penghantaran – memenuhi dan melangkaui standard industri kargo di seluruh dunia yang ditetapkan oleh IATA Cargo iQ (https://www.cargoiq.org/). MASkargo telah menggunakan sistem pengurusan logistik berasaskan awan teras Digistics untuk menguruskan perkhidmatan kargo domestik dan antarabangsa mereka sejak tahun 2016.

“Kuala Lumpur adalah sebuah hab transit kargo yang penting dan berkembang untuk Asia. Dengan menggunakan Unisys Digi-Portal kami akan dapat mencapai ke pasaran yang lebih luas bagi ejen penghantar dan pengangkut dengan sebuah peranti tempahan dalam talian yang mudah untuk digunakan dan dijamin selamat. Digi-IQ akan menyediakan kepada kami dan pelanggan kami dengan kebolehlihatan yang lebih baik bagi rantaian bekalan mereka melalui pemantauan berterusan secara tepat masa bagi kiriman yang dikesan terhadap pencapaian utama. Ini akan juga membantu kami untuk mengenal pasti dan meramalkan potensi gangguan perkhidmatan dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk menangani mereka terlebih dahulu. Ini akan membantu kami untuk menyediakan perkhidmatan dan kebolehpercayaan yang lebih baik kepada pelanggan kami,” kata Ibrahim Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif bagi MASkargo.
 
Digi-IQ secara automatik membina satu peta laluan bagi setiap penghantaran berdasarkan kepada tempat asal, destinasi, produk, waktu pengendalian stesen, jenis pesawat dan faktor lain. Ia kemudian menggunakan pemantauan berterusan dalam tepat masa untuk menjejaki setiap penghantaran terhadap pencapaian peta laluan utama dengan praamaran, pemberitahuan awal dan amaran pengecualian awal berdasarkan kepada pilihan konfigurasi, memberi amaran kepada operator berhubung sebarang potensi penangguhan atau penangguhan yang sebenar.
 
MASkargo adalah ejen pengendalian kargo darat yang terbesar di Malaysia dan mengendalikan lebih daripada 30 syarikat penerbangan pelanggan di Pusat Kargo Lanjutan mereka, dengan memproses lebih daripada 800,000 dokumen laluan udara pada setiap tahun.
 
Andrew Whelan, naib presiden bagi Sektor Komersial, Unisys Asia Pasifik berkata: “Kedua-dua penyelesaian perisian-sebagai-satu-perkhidmatan Digistics ini akan menyediakan kepada MASkargo dengan ketangkasan, keupayaan tambahan untuk menjana pendapatan dan kebolehlihatan baharu untuk dengan pantas mengambil kesempatan daripada peluang-peluang pasaran seperti dengan pantas menawarkan promosi melalui Digi-Portal bagi mengoptimumkan kapasiti kargo udara. Menggunakan sistem pengukuran prestasi Digi-IQ, analisis termaju akan mengenal pasti secara proaktif amaran pengecualian awal agar MASkargo dapat mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan, bagi menyediakan piawaian perkhidmatan yang tinggi bagi pelanggan ejen penghantar mereka dan syarikat penerbangan yang ia berkhidmat sebagai sebagai Ejen Pengendalian Darat.”
 
Unisys mempunyai lebih daripada 55 tahun pengalaman di dalam menyediakan penyelesaian IT yang berinovatif kepada industri perjalanan dan pengangkutan. Sembilan daripada 10 syarikat penerbangan utama bergantung pada penyelesaian Unisys. Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran perjalanan dan pengangkutan Unisys, sila klik di sini (http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation).
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar di Dunia. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengendalian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari  www.unisys.com. Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
SUMBER: Unisys Corporation 

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.