PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

April 25, 2019 -Khamis

 
  PROGRAM KHAS PENGAKUAN SUKARELA (PKPS) - PENYELESAIAN CUKAI BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI AKAUN BANK DI LUAR NEGARA TETAPI MASIH BELUM MELAPORKAN PENDAPATAN KEPADA LHDNM

Friday 08/02/2019



KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) adalah salah satu penyelesaian cukai bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang dijana daripada hasil sumber pendapatan Malaysia yang boleh dikenakan cukai dan disimpan di akaun bank di luar negara tetapi pendapatan tersebut masih belum dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(LHDNM).
 
Surat dan e-mel yang dikeluarkan oleh pihak LHDNM sebenarnya disasarkan khusus kepada pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di luar negara yang masih gagal membuat pelaporan cukai yang sepatutnya. Pembayar cukai dalam kategori inilah yang diminta dalam surat dan e-mel LHDNM untuk menghubungi dan melaporkan pendapatan tersebut kepada LHDNM. Pihak Kerajaan bersetuju untuk memberi kelonggaran pengurangan bayaran penalti daripada 300 peratus kepada 10 peratus sekiranya pelaporan dibuat pada atau sebelum 31 Mac 2019 dan 15 peratus sekiranya pelaporan dibuat pada atau sebelum 30 Jun 2019.
 
Sehubungan itu, individu yang mempunyai akaun bank di luar negara adalah disaran untuk segera hadir ke pejabat LHDNM sekiranya terdapat pendapatan yang belum dilaporkan. Di bawah inisiatif Pertukaran Maklumat Secara Automatik (AEOI) oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), LHDNM telah mula menerima maklumat kewangan khususnya pemilikan akaun bank dari luar negara mulai bulan September 2018.
 
LHDNM juga menegaskan telah mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima berhubung segelintir pegawai LHDNM yang menjalankan tugas secara tidak profesional, mengugut pembayar cukai dan tidak mengikut prosedur kerja yang ditetapkan. LHDNM memberi jaminan bahawa aktiviti audit atau siasatan tidak akan melibatkan serbuan ke atas rumah pembayar cukai pada waktu tengah malam. Pembayar cukai digalakkan membuat aduan sekiranya terdapat sebarang salah laku ini dan LHDNM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai LHDNM yang didapati melanggar prosedur kerja yang ditetapkan. Aduan boleh dibuat melalui saluran e-mel aduan@hasil.gov.my .
 
Adalah diharapkan agar kenyataan ini dapat memberikan penjelasan kepada semua penerima surat dan e-mel berhubung PKPS. Namun demikian, sekiranya mereka masih mempunyai pertanyaan lanjut mengenai PKPS, sila:
 
i. Kunjungi Pejabat LHDNM yang berhampiran;
ii. Hubungi Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau 603-7713 6666 (Luar Negara); atau
iii. e-mel pertanyaan kepada: pengakuansukarela@hasil.gov.my
 
Dato’ Sri Sabin bin Samitah
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks: 03-8313 7873
Hasil Careline : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.