ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA TIADA KAITAN DENGAN 'DANA 7 AMANAH LHDN'

Tuesday 12/02/2019



KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menarik perhatian orang ramai mengenai satu laporan media bertajuk ‘Yayasan Amal Maaruf sasar kutipan lebih RM51j’ yang telah disiarkan dalam media pada 11 Februari 2019.
 
Dalam laporan media tersebut dinyatakan bahawa Yayasan Amal Maaruf Malaysia mensasarkan kutipan dana menjangkau RM51.35 juta pada tahun ini, membabitkan pembayar cukai di seluruh negara menerusi program ‘Dana 7 Amanah LHDN’.
 
Adalah dengan ini LHDNM menafikan bahawa LHDNM mempunyai kaitan dan kepentingan dengan program ‘Dana 7 Amanah LHDN’ yang diperkenalkan oleh Yayasan Amal Maaruf Malaysia.
 
LHDNM adalah agensi yang bertindak membuat penilaian dan memberikan kelulusan terhadap sebarang permohonan mana-mana institusi, organisasi atau tabung yang memohon pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Kelulusan pengecualian cukai di bawah subseksyen ini hanya akan diberikan kepada institusi, organisasi atau tabung yang memenuhi syarat-syarat seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Teknikal bertajuk Garis Panduan Bagi Permohonan Untuk Kelulusan Di Bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Senarai institusi, organisasi atau tabung yang telah diberikan kelulusan boleh disemak melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > Lain-lain > S.S 44(6) DERMA.
 
Sehubungan itu LHDNM menggesa Yayasan Amal Maaruf Malaysia membuat penjelasan segera berkenaan hal ini bagi mengelakkan salah tanggapan dalam kalangan orang ramai.

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks : 03-8313 7873
Hasil Careline : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.