ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PEMAKLUMAN SISTEM EPEROLEHAN DAN PORTAL PEMBEKAL LHDNM

Wednesday 13/02/2019



KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah melancarkan Sistem ePerolehan (eP) dan Portal Pembekal sebagai usaha berterusan LHDNM menambahbaik penyampaian perkhidmatan kepada pembekal / penyebut harga / petender yang berurusan dengan LHDNM.

Sistem eP LHDNM yang dilancarkan ini merupakan sistem pengurusan perolehan secara elektronik yang akan menjadi platform bagi syarikat untuk menyertai tawaran perolehan perkhidmatan / bekalan / kerja daripada LHDNM. Perkhidmatan yang ditawarkan melalui Sistem eP LHDNM  merangkumi pendaftaran / memperbaharui akses, kenyataan tawaran, pembelian dokumen tawaran, penyertaan tawaran, penyerahan dokumen tawaran dan pentauliahan perolehan sama ada secara tender, sebut harga atau pembelian terus.
 
Manakala Portal Pembekal merupakan kemudahan tambahan (value added service) yang diberikan kepada pembekal LHDNM untuk berurusan secara dalam talian berkaitan dengan urusan kewangan dan pembayaran. Kemudahan ini termasuk pengemaskinian maklumat am pembekal, penerimaan pesanan pembelian secara dalam talian, memuat naik dokumen kewangan bagi tujuan pembayaran untuk perkhidmatan / bekalan / kerja yang telah disempurnakan dan semakan status pembayaran.
 
Pengguna boleh melayari sistem eP LHDNM  dan Portal Pembekal di portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau pautan pantas https://www.tenderwizard.my/LHDNM untuk sistem eP dan https://kew-pembekal.hasil.gov.my untuk Portal Pembekal.
 
Sebarang pertanyaan berkenaan Sistem eP LHDNM boleh diajukan melalui e-mel eperolehanlhdnm@hasil.gov.my, manakala e-mel supplier@hasil.gov.my untuk Portal Pembekal.


SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 
Faks : 03-8313 7873
Hasil Careline : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA
                                                                     

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.