ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  PELANTIKAN YABHG. TUN AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID SEBAGAI PENGERUSI IKIM

Wednesday 13/02/2019



KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri telah melantik YABhg Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang baharu berkuatkuasa pada 4 Februari 2019.
 
YABhg. Tun Ahmad Sarji merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai pengalaman luas dan cemerlang dalam menerajui pelbagai badan kerajaan dan organisasi di dalam sektor awam, korporat, agama, pendidikan, budaya dan sukan mulai daripada tahun 1961 sehingga kini. Pada tahun 2018 beliau telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam.
 
IKIM amat yakin pelantikan YABhg. Tun Ahmad Sarji akan mengukuhkan lagi prestasi IKIM di dalam menjayakan misi dan visi penubuhannya untuk menjadi institusi utama kefahaman Islam bertaraf antarabangsa dengan menjalankan program-program penyelidikan bermanfaat besar, meningkatkan kefahaman Islam yang benar kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar negara serta memberi khidmat perundingan kepada semua pihak melalui saluran media dan ilmiahnya.
 
YAB Perdana Menteri juga telah melantik Tan Sri Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman sebagai Naib Pengerusi IKIM berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Tan Sri Sheikh Ghazali mempunyai pengalaman yang amat luas dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam dan antara lain merupakan Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin (Syariah) di Jabatan Peguam Negara Malaysia.
 
Warga kerja IKIM merakamkan setinggi penghargaan kepada YAB Tun Mahathir bin Mohamad, diatas kedua-dua pelantikan ini. Tahniah diucapkan kepada YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi IKIM dan Tan Sri Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Naib Pengerusi IKIM.

Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6329/ 03-6204 6330/ 03-6204 6331

         
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 019-3334253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 019-276 8003

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.