ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KENYATAAN AKHBAR Y.B. TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA : PERTEMUAN BERSAMA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Thursday 14/02/2019



PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) -- Pertemuan bersama wakil-wakil persatuan dan kesatuan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Malaysia adalah bagi menjelaskan kenyataan saya di akhbar baru-baru ini berkenaan peranan PPP di Klinik Komuniti (Klinik 1 Malaysia). Persatuan yang hadir terdiri daripada Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia, Persatuan Pembantu Perubatan Sabah, Persatuan Penolong Pegawai Perubatan Sarawak dan Kesatuan Pembantu Perubatan Sarawak.
 
Saya telah menerangkan bahawa penutupan 34 buah Klinik Komuniti adalah berlandas kepada kriteria-kriteria termasuk kehadiran pesakit yang rendah dan terdapatnya kemudahan Klinik Kesihatan di dalam lingkungan 5 kilometer. Klinik-klinik ini ditutup atas pertimbangan keberkesanan dan kos. Keselamatan pesakit di Klinik Komuniti yang dikendalikan oleh PPP tidak pernah menjadi isu kerana PPP yang bertugas telah melaksanakan tanggungjawab mereka secara professional di bawah seliaan oleh Pegawai Perubatan dan dikawal selia oleh Akta 180, Akta Pembantu Perubatan 1977 serta Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan 1979.
 
Sumbangan besar PPP di dalam sektor perubatan tidak perlu disangkal oleh manamana pihak. PPP adalah antara salah satu tunjang utama dalam memberikan rawatan yang komprehensif termasuklah ahli kesihatan bersekutu yang saling melengkapi satu sama lain. Saya percaya peranan PPP bukan setakat akan terus kekal releven tetapi boleh diperluaskan di dalam sektor perkhidmatan kesihatan di masa kini dan hadapan.
 
Y.B. DR. LEE BOON CHYE
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
13 Februari 2019
 
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: : 03-8883 3675/019-3265122

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.