PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Mei 27, 2019 -Isnin

 
  DIALOG NIAGA AGROBANK KUPAS SOLUSI MEMPERKUKUHKAN EKONOMI MENERUSI BISNES AGRO

Thursday 14/03/2019


Yang Berhormat Dato' Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2 dari kanan) merasmikan Dialog Niaga Agrobank 2019 (DNA 2019) disaksikan oleh YBhg Dato' Mohd Sallehhuddin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (2 dari kiri), YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank (kanan) dan Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (kiri). DNA merupakan program kepimpinan pemikiran (thought leadership programme) bertujuan untuk berkongsi isu, maklumat terkini, idea dan solusi yang berkaitan perniagaan dalam industri pertanian dan asas tani



KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Agrobank hari ini menganjurkan Dialog Niaga Agrobank 2019 (DNA 2019) dengan tema memperkukuhkan ekonomi dan mencipta kekayaan melalui bisnes Agro.  Kira-kira 300 orang tetamu hadir pada sesi perkongsian maklumat tersebut yang terdiri daripada pembentuk dasar pertanian, usahawan-usahawan agro baharu, agensi-agensi kerajaan dan swasta, ahli akademi serta pemain industri bagi sektor pertanian dan industri asas tani.
 
YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hadir merasmikan dialog ini dan turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk ‘Hala Tuju MOA 2019’ yang membincangkan tentang hala tuju dan strategi terbaharu MOA.
 
DNA 2019 merupakan program kepimpinan pemikiran (thought leadership programme) ini bertujuan untuk berkongsi isu, maklumat terkini, idea dan solusi yang berkaitan perniagaan dalam industri pertanian dan asas tani. Untuk tahun 2019, topik ‘Memperkukuhkan Ekonomi dan Mencipta Kekayaan Melalui Bisnes Agro’ telah dipilih seiring dengan hala tuju MOA kini.
 
Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank berkata, tema DNA pada tahun ini memberi fokus pertanian sebagai sumber rezeki bukan sahaja untuk tingkatkan taraf hidup diri sendiri tetapi untuk komuniti dan juga memperkukuhkan ekonomi negara. 
 
“Selain prospek dan peluang dalam bisnes agro, kita juga ketengahkan inisiatif usahawan agro yang bukan sahaja membangunkan diri sendiri tetapi juga berusaha untuk membangunkan usahawan lain dalam rantaian nilai dan juga memperkasakan komuniti melalui peluang dalam bentuk pekerjaan ataupun bimbingan keusahawanan.”
 
“Usaha ini seiring dengan mandat Agrobank yang komited dengan nilai perantaraan berasaskan nilai atau value-based intermediation (VBI) dan memberi fokus untuk menjana ekonomi dan impak positif kepada komuniti,” tambah beliau.
 
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, menjelang tahun 2020, penduduk Malaysia dijangka mencecah sehingga 33.8 juta orang. Dengan peningkatan ini, sektor pertanian dianggap relevan dan sangat penting dalam menampung jumlah penduduk di Malaysia.  Justeru itu, usaha yang perlu dilakukan adalah mengalakkan penglibatan orang muda dan juga meningkatkan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian untuk memastikan kelestarian jaminan makanan. 
 
Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, pertanian masih menjadi faktor utama bagi pertumbuhan ekonomi negara.  “Agrobank akan terus memberi sokongan kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara melalui produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk sektor pertanian.”
 
Tan Sri Mohamad Zabidi berkata teknologi memainkan peranan yang penting ke arah meningkatkan produktiviti pertanian dan Agrobank sedia menyokong perniagaan yang menggunakan teknologi bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan hasil.
 
Beliau turut menjelaskan penting untuk perniagaan berasaskan pertanian melabur dalam teknologi, untuk itu, akses kepada pembiayaan adalah penting. “Agrobank menyediakan penyelesaian pembiayaan yang komprehensif untuk pertanian - merangkumi pembiayaan rantaian penuh atau ‘full chain financing’ daripada aktiviti huluan seperti penghasilan bekalan input pengeluaran makanan iaitu industri penternakan, perikanan, tanaman, komoditi dan lain-lain sehinggalah kepada pertanian hiliran iaitu pemprosesan makanan dan seumpamanya.”
 
“Kami akan sentiasa membantu dan berusaha membiayai mana-mana bisnes agro yang berdaya maju.  Agrobank percaya sektor pertanian dan agro makanan mempunyai potensi yang besar dan masih relevan dengan permintaan yang berterusan,” tambah beliau lagi.
 
Sesi terakhir adalah forum mengenai ‘Memperkukuhkan Ekonomi & Mencipta Kekayaan melalui Bisnes Agro’ yang terdiri daripada barisan panel yang pakar di dalam bidang pertanian dan industri asas tani.  Mereka adalah ahli panel yang terdiri daripada, YBhg Dato’ Mohd Sallehhuddin, KSU MOA, Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Pn. Mazlina Kamarudin, CEO Bismi Empire Sdn Bhd, Pn. Rubiah Mohamed, Pengarah Urusan, Doana Frozen Food dan En. Munir Ashim Abdullah, Pengasas GrasiCili. Sesi tersebut telah diselengarakan oleh Haji Nazri Kahar, Penerbit Eksekutif, Astro Awani.
 
Mengenai Agrobank
Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro. Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Sumber: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Ainul Rofidza Ibrahim
Tel: 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-2258210
Emel: ainul.ibrahim@agrobank.com.my

Nama: Syarifah Syameen Syed Johari
Tel: 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101766 
Emel: syameen@agrobank.com.my
 
--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.