ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  TINJAUAN BERKATA: PEMIMPIN-PEMIMPIN PROJEK MEMERLUKAN PMTQ YANG LEBIH

Tuesday 19/03/2019



Nadi bagi Profesion PMI 2019 mengenalpasti jurang dan beberapa penyelesaian untuk ROI pengurusan projek yang lemah
 
PHILADELPHIA, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI) hari ini melancarkan laporan Nadi bagi Profesion® mereka yang mendedahkan bahawa banyak organisasi membazirkan hampir 12 peratus daripada pelaburan mereka di dalam perbelanjaan projek pada tahun lepas disebabkan oleh prestasi buruk — jumlah yang hampir tidak berubah sejak lima tahun yang lalu. Sebagai satu penyelesaian, PMI menyeru kepada pemimpin-pemimpin projek di seluruh dunia untuk menilai dan meningkatkan Darjah Teknologi Pengurusan Projek atau PMTQ mereka. PMI telah membangunkan rukun-rukun PMTQ dengan melakarkan pada pandangan dari syarikat-syarikat inovator yang meletakkan keutamaan yang tinggi dalam pengambilalihan dan pengetahuan kemahiran digital yang digabung dengan satu komitmen kepada satu budaya pengurusan projek yang mantap.

PMTQ menambahkan satu lapisan bagi pengurusan projek kepada konsep darjah teknologi  (TQ), yang ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang untuk menyesuai, mengurus dan mengintegrasikan kemajuan kandungan di dalam teknologi bagi sesuatu projek atau organisasi.

“Dalam bidang kerja pada masa depan, pasukan-pasukan projek akan lebih bergantung kepada teknologi sama ada sebagai pemboleh atau kadangkala sebagai seorang ahli pasukan,” kata Murat Bicak, Naib Presiden Kanan, Strategi bagi PMI. “Dengan memiliki sebuah PMTQ yang mantap, dan fasih secara teknologi, akan menjadi penting bagi sesiapa yang bertanggungjawab dalam membuat strategi menjadi satu realiti.”

Data dari Nadi bagi Profesion 2019, tinjauan global tahunan PMI bagi profesional pengurusan projek, digunakan untuk mengenal pasti Inovator PMTQ – organisasi yang mengutamakan pembangunan kemahiran digital bagi pengurusan projek – berbanding Laggards.

KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA BAGI PMTQ
  • Sentiasa ingin tahu: Pengurus-pengurus projek dengan PMTQ yang tinggi sentiasa mencari apa yang seterusnya dan mencuba pendekatan penghantaran, idea, perspektif dan teknologi bagi penyampaian projek yang baharu. Data Nadi mendedahkan bahawa Inovator PMTQ menunjukkan satu keupayaan yang mantap untuk mengalihkan cara mereka dalam menghasilkan kerja. Sebenarnya, 60 peratus daripada organisasi menunjukkan penggunaan amalan pengurusan projek hibrid, berbanding dengan 29 peratus bagi PMTQ Laggards.
  • Kepimpinan terangkum: Mereka yang mempunyai PMTQ yang tinggi bukan sahaja menguruskan manusia, tetapi juga teknologi secara berkesan — serta orang yang menguruskan teknologi. Angka 78 peratus yang mengagumkan bagi Inovator PMTQ mengutamakan membangunkan kemahiran perniagaan pengurusan projek, termasuk pengurusan manusia, berbanding hanya 5 peratus bagi PMTQ Laggards, menurut data Nadi.
  • Kumpulan bakat bukti masa hadapan: Inovator PMTQ merekrut dan mengekalkan bakat projek dengan kemahiran yang diperlukan untuk tenaga kerja digital. Mereka mengenal pasti pekerja yang boleh mengikuti trend dan menyesuaikan kebolehan mereka dengan sewajarnya. Menurut data Nadi, 82 peratus daripada Inovator PMTQ (berbanding 9 peratus bagi PMTQ Laggards) mengutamakan membangunkan kemahiran teknikal pengurusan projek dan 81 peratus menyediakan latihan pengurus projek yang berterusan (berbanding 34 peratus bagi PMTQ Laggards).
Mendapatkan dan mengekalkan PMTQ yang unggul memerlukan sokongan daripada semua peringkat bagi sesebuah organisasi. Walaupun pemimpin perniagaan sering menyuarakan keinginan untuk mendapatkan lebih banyak pekerja yang mempunyai pengetahuan untuk  memaksimumkan teknologi, masih ada pemutus mengenai bagaimana mereka bersedia untuk mencapainya. Malahan, Accenture mendapati bahawa walaupun 60 peratus daripada pemimpin perniagaan telah meningkatkan pelaburan Al mereka pada tahun 2017, hanya 3 peratus mengatakan mereka akan melabur dengan ketara di dalam program latihan dan kemahiran semula sehingga tahun 2020. Pemimpin-pemimpin iorganisasi mesti mengiktiraf pentingnya dalam membina kefasihan digital di seluruh organisasi mereka, agar pengurus-pengurus projek dapat menyampaikan tugas yang dipohon daripada mereka.

Apabila pemimpin perniagaan mengambil perhatian dan menyokong pengurus-pengurus projek dalam usaha PMTQ mereka, data Nadi bagi Profesion kami menunjukkan organisasi Inovator PMTQ mengambil peranan utama di dalam hasil projek. Projek-projek mereka lebih cenderung untuk memenuhi matlamat asal mereka dan disampaikan tepat pada masanya dan dalam anggarannya, dan pada masa yang sama mengurangkan skop rayapan dan kegagalan secara mutlak.

Ini bukan sahaja bermaksud Inovator PMTQ menjimatkan wang dan meningkatkan kadar kepuasan pihak berkepentingan, tetapi apabila projek gagal, bahagian bajet yang hilang adalah kurang daripada PMTQ Laggards (8.5 peratus berbanding 16.3 peratus).

Baca maklumat lanjut mengenai PMTQ dalam Tinjauan Nadi bagi Profesion terbaharu, Masa Depan Kerja: Memimpin Jalan Dengan PMTQ, di www.PMI.org/Pulse.  

Maklumat mengenai Tinjauan Nadi bagi Profesion® PMI

Tinjauan Nadi bagi Profesion telah dijalankan secara dalam talian pada November hingga Disember 2018. Laporan itu menonjolkan maklumat balas dan pandangan daripada 3,133 profesional pengurusan projek, 441 pengarah Pejabat Pengurusan Projek (PMO), dan 368 pemimpin eksekutif dari pelbagai industri, termasuk teknologi maklumat, perkhidmatan kewangan, pembuatan, kerajaan, tenaga, penjagaan kesihatan, pembinaan, dan telekom di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Project Management Institute (PMI)

Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Ditubuhkan pada tahun 1969, PMI menyampaikan nilai bagi lebih daripada tiga juta profesional yang bekerja di hampir setiap negara di dunia melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global. Kami memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mencipta masyarakat global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas. Layari kami di www.PMI.org,www.projectmanagement.comwww.facebook.com/PMInstitute dan di Twitter @PMInstitute.

i Usaha Semula Revolusi itu, Accenture (2018)

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190318005462/en/

Hubungi

Mary Ortega
Pakar Perhubungan Awam
Project Management Institute
14 Campus Blvd.
Newtown Square, PA 19073
Telefon: +1 610 356 4600 X7030
E-mel: mary.ortega@pmi.org
Laman web: www.pmi.org

Sumber : Project Management Institute

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.