ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  TOURISM MALAYSIA ANJUR PROGRAM "EKSPRESI MEDIA - KENYIR 2019" UNTUK MEMPROMOSI TERENGGANU

Tuesday 19/03/2019



PUTRAJAYA, 19 Mac (Bernama) -- Seramai 22 pengamal media cetak dan media dalam talian dari pelbagai agensi di Malaysia mengambil bahagian dalam program “Ekspresi Media – Kenyir 2019” anjuran Tourism Malaysia dari 18 hingga 21 Mac. Inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Tourism Malaysia dengan pengamal media dan menggalakkan mereka untuk mempromosikan destinasi pelancongan Terengganu sempena kempen Melawat Malaysia 2020.
 
Program yang dianjurkan buat julung-julung kalinya ini mengandungi pelbagai elemen menarik seperti peluang untuk bersiar-siar sambil mengenali dan memeriksa produk pelancongan baharu, kesempatan untuk merasai sendiri pengalaman melawat tempat-tempat menarik, serta sesi taklimat mengenai produk pelancongan oleh para penggiat industri pelancongan. Pendekatan ini diambil untuk memberi para peserta program pengalaman yang serba lengkap mengenai produk pelancongan Terengganu. Program sebegini juga diharapkan akan dapat mengeratkan jalinan hubungan antara pihak media dengan sektor kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan industri pelancongan.
 
Untuk siaran media penuh, sila layari:
 
TOURISM MALAYSIA ANJUR PROGRAM “EKSPRESI MEDIA - KENYIR 2019” UNTUK MEMPROMOSI TERENGGANU
https://www.tourism.gov.my/media/view/tourism-malaysia-anjur-program-ekspresi-media-kenyir-2019-untuk-mempromosi-terengganu
 
TOURISM MALAYSIA “EKSPRESI MEDIA – KENYIR 2019” PROGRAMME TO UNCOVER HIDDEN GEMS OF TERENGGANU
https://www.tourism.gov.my/media/view/tourism-malaysia-ekspresi-media-kenyir-2019-programme-to-uncover-hidden-gems-of-terengganu


SUMBER : TOURISM MALAYSIA 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : SYAFIKH ERRSYAM BIN ABU BAKAR
Unit Perhubungan Media
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : +603 8891 8772
Faks : +603 8891 8788

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.