ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PANGGILAN PERSIDANGAN KEPUTUSAN KEWANGAN TAHUN KEWANGAN 2018 THE WE COMPANY

Tuesday 19/03/2019



NEW YORK, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WeWork Companies Inc. (“Syarikat” itu), sebagai penerbit bagi Nota Senior 7.875% mereka yang matang pada tahun 2025 (“Nota Senior” itu), akan mengadakan satu panggilan persidangan pada Isnin, 25 Mac, 2019, pada pukul 5:00 petang Waktu Timur untuk faedah peserta tertentu yang layak untuk membincangkan keputusan kewangan Syarikat itu bagi tahun kewangan 2018.

Pemegang semasa dan pemilik benefisial bagi Nota Senior, pembeli prospektif Bona fide bagi Nota Senior yang merupakan pembeli institusi yang berkelayakan (seperti yang ditakrifkan dalam Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti 1933) atau orang bukan warga Amerika Syarikat (seperti yang ditakrifkan dalam Peraturan S di bawah Akta Sekuriti 1933), penganalisis sekuriti, dan institusi kewangan yang membuat pasaran boleh mendapatkan akses kepada maklumat panggilan itu bagi panggilan persidangan dengan mendaftar di laman web selamat Syarikat itu di investors.wework.com. Maklumat tambahan mengenai panggilan itu (termasuk nombor mendail masuk) akan disediakan di laman web yang selamat itu.

Pihak yang meminta akses kepada laman web selamat Syarikat itu akan dikehendaki menyediakan perwakilan dan waranti tertentu yang mengesahkan status mereka sebagai pemegang atau pemilik benefisial bagi Nota Senior, pembeli institusi yang berkelayakan bagi Nota Senior itu, atau penganalisis sekuriti atau pembuat pasaran dan bahawa maklumat yang diberikan pada laman web Syarikat yang selamat itu akan dianggap sebagai sulit.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190318005848/en/

Hubungi

Pertanyaan Pelabur:
Aristaia Vasilakis
Investor@wework.com

Pertanyaan Media:
Dominic McMullan
Press@wework.com

Sumber : WeWork Companies Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.