ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  HAINAN: MEMBINA ZON PERDAGANGAN BEBAS (PELABUHAN) UNTUK MENYEDIAKAN PELUANG-PELUANG BAHARU BAGI KERJASAMA ANTARABANGSA DALAM PELANCONGAN PULAU

Monday 01/04/2019



AsiaNet 78103
 
HAIKOU, China, 1 April, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

“Pembinaan zon perdagangan bebas perintis dan pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri China di Hainan telah menyediakan banyak peluang baharu untuk kerjasama antarabangsa dalam pelancongan pulau.” Pada 28 Mac, pada Forum Kerjasama Ekonomi Pulau-pulau bagi Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2019, pendapat Timbalan Gabenor bagi Wilayah Hainan Shen Danyang telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh tetamu dari negara-negara yang terlibat.

Terdapat puluhan ribu pulau, dan berdozen negara-negara dan rantau pulau di seluruh dunia, oleh itu resort-resort pulau sentiasa menghadapi persaingan homogen. Bagaimana untuk mengadakan kerjasama antarabangsa di antara destinasi pelancongan pulau dan merealisasikan pembangunan lestari bagi pelancongan pulau adalah satu daripada tumpuan bagi Persidangan itu.

Pada tahun 2018, Hainan mempunyai 74 laluan antarabangsa, dan 9 laluan penghantaran kontena antarabangsa, dan 59 buah negara mendapat akses tanpa visa ke China. Jumlah pelancong meningkat sebanyak 11.8%. Hainan juga berhasrat untuk menjadi sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa, yang merupakan manfaat yang dibawa oleh pembinaan zon perdagangan bebas Hainan (pelabuhan) oleh China.

Shen Danyang berkata ia akan menyediakan suatu ruang pembangunan yang lebih besar untuk pelancongan pulau melalui perkongsian pengalaman, mengukuhkan perancangan pembangunan pelancongan dan perhubungan dasar, dan membina sebuah komuniti bagi perkongsian masa hadapan dengan ciri-ciri yang didasarkan kepada kerjasama erat di bawah globalisasi.

Keerthi TENNAKOON, Gabenor, Wilayah Selatan, Sri Lanka, bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan beliau itu. Beliau berkata Sri Lanka dan Hainan mempunyai banyak ciri-ciri yang sama, termasuk meningkatkan kualiti pelancongan dan menerokai lagi potensi pelancongan, dan telah menjalin banyak bidang kerjasama.

“Beberapa isu tidak dapat diselesaikan oleh sebuah negara atau rantau, oleh itu satu mekanisme kerjasama mesti diwujudkan.” WON Hee-Ryong, Gabenor, Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju, ROK, berkata Jeju sedang mengumpul dan menganalisis data secara sistematik dan memperkenalkan platform data besar untuk menggalakkan rakyat mereka menyertai blok rantai itu. Beliau juga berharap untuk memperkenalkan kaedah pengangkutan dan perjalanan yang bersih dan pintar secepat mungkin. “Kami berharap untuk melaksanakan teknologi yang terlibat melalui kerjasama antarabangsa,” kata beliau.

Selain sumber semula jadi, aset kebudayaan manusia juga merupakan satu bahagian yang penting bagi pelancongan. Hiria OTTINO, Presiden, Persatuan Persahabatan China-Pasifik, berkata, “Hainan telah menunjukkan kepada kita bahawa ia boleh melindungi budaya dan sumber semula jadi secara serentak, yang merupakan hala tuju masa hadapan bagi pelancongan lestari.”
 
Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=332950
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.