ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  KERETA API EKSPRES TERHAD BAHARU "LAVIEW" MEMBUAT KEMUNCULAN SULUNG PADA MAC 2019, REKA BENTUK DIARAH OLEH ARKITEK KAZUYO SEJIMA

Friday 05/04/2019

AsiaNet 78131

TOKOROZAWA, Jepun, 5 April, 2019 /Kyodo JBN - AsiaNet / -- 

SEIBU RAILWAY Co., Ltd. telah mula menggunakan kereta api ekspres terhad “Laview” mereka yang baharu itu pada Sabtu, 16 Mac, 2019. Kedua-dua bahagian luar dan dalaman bagi kereta api Laview itu telah direka oleh arkitek terkenal dunia Kazuyo Sejima untuk membangunkan sebuah “kereta api baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.” Sebagai kereta api kemegahan baharu yang melambangkan masa hadapan bagi Seibu Railway, jenis kereta api itu ditetapkan sebagai Siri 001.

(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/201903274709?p=images)
 
Seibu Railway, yang menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya pada tahun 2012 dan ulang tahun ke-100 operasi mereka pada tahun 2015, telah terus memperkenalkan inovasi, termasuk Restoran Bergerak Seibu “52 Kerusi Kebahagiaan” di atas sebuah kereta api dengan kesemua kerusi mereka dikhususkan untuk penggunaan restoran serta kereta api komuter "Siri 40000" yang dilengkapi dengan sebuah “Zon Rakan”, yang boleh digunakan dengan selesa oleh kesemua penumpang, termasuk kanak-kanak kecil dan mereka yang menggunakan kereta tolak bayi atau kerusi roda. Syarikat itu telah membangunkan Laview sebagai kereta api kemegahan baharu yang akan menerajui Seibu Railway pada landasan mereka untuk tempoh 100 tahun akan datang.

Ciri-ciri Laview yang paling tampak jelas adalah hujung depannya yang bulat sementara cermin depannya diperbuat daripada kaca melengkung tiga dimensi dengan jejari kelengkungan sebanyak 1,500 mm (belum pernah dihasilkan sebelum ini di Jepun). Tambahan pula, tingkap kabin dilengkapi dengan cermin tingkap besar, setiap satu mempunyai ketinggian 1,350 mm dan lebar 1,580 mm, pada satu jarak yang sama, yang membolehkan penumpang untuk menikmati pandangan panoramik bagi pemandangan yang berlalu. Warna luaran bagi kereta api itu, cat aluminium baharu yang dibangunkan khususnya untuk Laview, telah direka dalam satu cara untuk menggabungkan secara perlahan ke dalam landskap di bandar dan alam semula jadi. Bahagian dalaman, yang didasarkan kepada kombinasi warna kuning cerah, telah mewujudkan suatu suasana lembut seakan seperti ruang tamu. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan outlet elektrik dan “SEIBU Wi-Fi PERCUMA” disediakan di setiap koc. Skrin video berukuran 23 inci di kereta api itu memaparkan maklumat dalam empat bahasa – bahasa Jepun, Inggeris, Korea dan Mandarin. Kesemuanya diadakan untuk menyediakan kemudahan dan membuat setiap penumpang merasa selesa.

Sepanjang laluan Seibu Railway Ikebukuro dan Seibu-Chichibu itu, Taman Lembah Moomin telah dibuka di Hanno pada Mac 2019, yang membantu pengunjung untuk mengalami pemandangan dunia mengenai Moomin. Juga di kawasan Chichibu, tumbuh-tumbuhan kecil berbunga merah jambu  akan berkembang mekar pada akhir April.

Foto 1: Bahagian luar kereta api
https://kyodonewsprwire.jp/img/201903274709-O1-g592u1cn
 
Foto 2: Bahagian dalam kereta api
https://kyodonewsprwire.jp/img/201903274709-O2-7BbXdFTz
 
Foto 3: Arkitek: Kazuyo Sejima (penyeliaan reka bentuk asas)
https://kyodonewsprwire.jp/img/201903274709-O3-nyD2Vdy3
      
Foto 4: Pereka tekstil/ Penyelaras: Yoko Ando
https://kyodonewsprwire.jp/img/201903274709-O4-wa0T6aPM
 
Foto 5: Pereka lampu: Shozo Toyohisa
https://kyodonewsprwire.jp/img/201903274709-O5-0h29T6bG
 
Foto 6: Arkitek: Yoshitaka Tanase
https://kyodonewsprwire.jp/img/201903274709-O6-31HBV4y1
 
Untuk maklumat mengenai empat pereka yang terlibat di dalam reka bentuk Laview itu, sila layari: https://kyodonewsprwire.jp/attach/201903274709-O3-miZ1juQ1.pdf
 
Maklumat mengenai Seibu Railway
 
Sebuah syarikat teras bagi Kumpulan Seibu yang terlibat terutamanya di dalam pengangkutan/ perniagaan bandar di sepanjang laluan kereta api dan perniagaan hotel/ percutian/ hartanah. Memiliki 12 laluan dengan jumlah jarak sejauh 176.6 km, termasuk laluan Ikebukuro dan Shinjuku, yang berasal di hab Tokyo bagi Ikebukuro dan Shinjuku dan melalui bahagian barat Tokyo dan bahagian barat daya Wilayah Saitama.

Di sepanjang laluan itu, terdapat banyak tempat bersiar-siar termasuk kawasan Hanno, yang telah berkembang maju selepas Taman Lembah Moomin dibuka di sana, dan kawasan Chichibu, yang hijau dan subur sebagai taman negara yang paling dekat ke pusat Tokyo. Turut berada dalam senarai itu adalah Kawagoe, yang dipanggil Little Edo (era sekarang bagi Tokyo) untuk pemandangan bersejarahnya, termasuk sebuah daerah bagi rumah stor lama yang dindingnya diperbuat daripada tanah.

https://www.seiburailway.jp/railways/tourist/english/

Sumber: SEIBU RAILWAY Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.