ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  SKIM PEDULI KESIHATAN UNTUK KUMPULAN B40 (PEKA B40) BERMULA 15 APRIL 2019

Sunday 14/04/2019



PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) akan bermula di seluruh negara pada Isnin 15 April 2019 ini. 

PeKa B40 memberi fokus kepada jalinan kerjasama awam-swasta dalam membantu kumpulan B40 dengan mengutamakan perkhidmatan klinik perubatan swasta umum (general practitioners, GP) yang sudah berdaftar. Penerima yang layak boleh menjalankan saringan kesihatan di klinik GP yang memaparkan pelekat khusus PeKa B40.

Sehingga 12 April 2019, terdapat 423 klinik GP yang telah berdaftar bagi skim PeKa B40 sebagai ‘Klinik PeKa B40’. Senarai penuh boleh diperolehi di laman web PeKa B40 di alamat www.pekab40.com.my.  

Pada masa yang sama, lain-lain klinik GP diseru untuk berdaftar secara atas talian untuk turut menjadi Klinik PeKa B40. Ia bagi memudahkan penerima skim ini menjalankan saringan kesihatan di klinik-klinik yang berhampiran dengan mereka. Pendaftaran sebagai Klinik PeKa B40 akan berterusan selama skim ini berjalan. 

Sebagai permulaan, PeKa B40 akan melalui fasa ujian operasi di mana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menilai kelancaran logistik dan mendapatkan maklumbalas daripada semua pemegang taruh yang terlibat. Tempoh ujian ini akan berlangsung sehingga PeKa B40 dilancarkan sepenuhnya kelak.  

Selain manfaat utama iaitu Saringan Kesihatan, PeKa B40 juga memberikan:

2.   Bantuan Alat Perubatan, 

3.   Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser, dan 

4.   Insentif Tambang Pengangkutan

Menerusi PeKa B40, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar, berumur 50 tahun dan ke atas dalam tahun 2019 adalah layak secara automatik untuk menyertai skim ini. Ia adalah percuma dan tiada pendaftaran khusus diperlukan. Semakan kelayakan dan pelbagai matlumat lanjut boleh didapati di laman web PeKa B40 di alamat www.pekab40.com.my atau dengan menghubungi 03-2730 7575. 


YB DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD 
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 


SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : BAHARUDIN BIN MOHAMAD

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88834536 / 017-2635008

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.