PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Julai 23, 2019 -Selasa

 
  PERSATUAN USAHAWAN CHINA DI MALAYSIA MEMBANTU PERNIAGAAN CINA UNTUK MELABUR DI MALAYSIA

Monday 15/04/2019



Table
Tandatangani memorandum kerjasama : Dari kiri : Mu Hui Hua, General Secretary, Guang Dong Province Energy Association; Dato Keith Li, President PUCM; Xu Zhen, Vice President, Shandong Province Electric Power Enterprise Association

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) pada 13 April 2019 telah menandatangani perjanjian rangka kerjasama strategik dengan Persatuan Pengusaha Elektrik Shandong dan Persatuan Tenaga Wilayah Guangdong. Perjanjian ini bertujuan mempertingkatkan kerjasama antara dua Negara dalam perusahaan tenaga eletrik.
 
Persatuan Elektrik Shandong ditubuhkan pada tahun 2008, mempunyai lebih daripada 800 ahli, Persatuan mempunyai 11 jawatankuasa termasuk kuasa, tenaga baru, jualan elektrik, kejuruteraan kuasa, peralatan elektrik, reka bentuk elektrik, keselamatan elektrik, pendidikan dan latihan, keselamatan rangkaian dan teknologi maklumat , pengurusan kualiti, pengurusan kewangan.

Persatuan Tenaga Wilayah Guangdong telah ditubuhkan pada tahun 2007, kini mempunyai lebih daripada 600 ahli, terlibat dalam bidang kejuruteraan elektrik di dalam dan luar wilayah Guangdong. Industri dibawah persatuan termasuk kejuruteraan tenaga hijau baru, kejuruteraan elektrik, penyeliaan kejuruteraan kuasa, pembuatan peralatan elektrik, kuasa teknologi maklumat, elektromekanik, kejuruteraan kuasa pintar dan pembangunan tenaga baru, keselamatan elektrik, rangkaian saluran paip tenaga dan lain-lain yang berkaitan dengan perusahaan sektor tenaga.
 
Persatuan Usahawan China Di Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2015, kini mempunyai 116 anggota. PUCM merupakan Dewan Perdagangan Cina yang paling aktif dan paling digemari di Malaysia. Ahli Persatuan telah melabur dalam pelbagai sektor seperti teknologi maklumat, pembinaan, perlombongan, minyak, gas asli, telekomunikasi, tenaga, runcit, perkilangan, pendidikan, penjagaan kesihatan, media, pelancongan dan industri lain dan telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan di Malaysia.
 
Presiden PUCM Dato Li Zhongping berkata: "Pada masa akan datang, kami akan terus berusaha keras untuk mempromosikan kerjaasama antara dua pihak dan juga mempereratkan hubungan persahabatan antara Malaysia dan China."

Sumber: Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Ms Christy
Tel: 016.222 1108

Nama: Ms Jennifer
Tel: 016.648 5725

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.