PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

April 25, 2019 -Khamis

 
  50 USAHAWAN TEMPATAN MEMERIAHKAN BAZAR USAHAWAN RADIA, BUKIT JELUTONG

Monday 15/04/2019



Table
Lima dari Kiri (barisan hadapan): Haniza Talha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar, bersama sembilan wakil penerima pembiayaan pinjaman Skim Mikrokredit oleh Yayasan Hijrah Selangor


• 106 usahawan tempatan mendapat manfaat melalui Skim Mikrokredit membabitkan peruntukkan berjumlah RM991,000 daripada Yayasan Hijrah Selangor

Media Digital: Radia, pembangunan bersepadu yang diuruskan oleh Sime Darby Sunrise Development Sdn Bhd telah menjadi tuan rumah kepada 50 usahawan bagi acara yang julung kali diadakan iaitu 'Bazaar Usahawan Radia'. Sime Darby Sunrise Development Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Selangor Hijrah menyediakan bazaar ini sebagai sebuah platform untuk para usahawan mempamerkan produk mereka kepada komuniti Bukit Jelutong dan masyarakat sekitarnya. Pada majlis perasmian bazar tersebut, Yayasan Hijrah Selangor telah menyerahkan replika cek pembiayaan pinjaman kepada 106 penerima yang berjumlah RM991,000.

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Radia, pembangunan bersepadu bernilai RM1.6 bilion yang telah dibangunkan oleh Sime Darby Sunrise Sdn Bhd terletak di tengah-tengah Bukit Jelutong di Shah Alam, menjadi tuan rumah bagi acara yang julung kali diadakan iaitu ‘Bazar Usahawan Radia’. Bazar yang dianjurkan merupakan kerjasama dengan Yayasan Hijrah Selangor, sebuah badan mikrokredit bersepadu gagasan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, telah diadakan pada 13 April 2019, bermula dari 10 pagi hingga 5 petang. Bazar yang disediakan dengan acara menarik serta penuh keseronokan ini juga telah dirasmikan oleh Haniza Talha, ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Lembah Jaya dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar, bersama Mohd Najwan Halimi, ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kota Anggerik.

“Dato' Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri, Ketua Operasi Kumpulan (Pembangunan Perbandaran) Sime Darby Property berkata, "Kerjasama yang dijalinkan bersama Yayasan Hijrah Selangor telah membuka peluang untuk usahawan tempatan mempromosikan produk dan kepakaran mereka. Sebagai sebuah syarikat hartanah yang mengambil berat tentang komuniti, kami sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk menyokong pembangunan bakat dan perniagaan warga tempatan. Radia sangat sesuai untuk dijadikan tapak bazar sulung ini kerana ia terletak di pusat bandar dan berdekatan dengan laluan utama bagi penduduk Bukit Jelutong dan orang awam. Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Radia, sebuah pembangunan yang terbentuk melalui inspirasi yang dikongsi antara Sime Darby Property dan UEM Sunrise Berhad, yang dibina dengan gabungan kepakaran daripada kedua-dua syarikat yang mantap serta berkeupayaan tinggi, bertujuan untuk membangunkan Bukit Jelutong."

Zulkifly Garib, Pengarah Wilayah Tengah 1, UEM Sunrise Berhad berkata, "Kami bekerjasama dengan Syarikat Sime Darby Property Berhad untuk memanfaatkan kepakaran masing-masing bagi membangunkan Radia yang berjaya menarik minat pelabur dan peniaga. Mereka berminat dengan corak pembangunan Bukit Jelutong yang berteraskan warisan alam semula jadi dengan elemen suasana ekslusif. Selain itu, UEM Sunrise yang merupakan sebuah syarikat berpengalaman luas dalam membangunkan pembangunan bersepadu seperti Solaris Mont'Kiara, Solaris Dutamas, Publika dan Iskandar Puteri, serta syarikat hartanah terkemuka, Sime Darby Property telah memajukan Radia menjadi sebuah kawasan komuniti yang mapan untuk masa hadapan, yang digemari oleh masyarakat, pelabur, dan diiktiraf oleh industri".

Beliau menambah, "Radia, yang terdiri daripada ruangan perniagaan, perdagangan, pejabat, gaya hidup dan pusat hiburan telah memenuhi keperluan segera dan jangka masa panjang bagi masyarakat Bukit Jelutong kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keseronokan. Kami sentiasa berazam untuk menyumbang kepada ekonomi kreatif Bukit Jelutong dan meningkatkan gaya hidup masyarakat sekeliling sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Ini merupakan salah satu tujuan mengapa kami memilih untuk bekerjasama dengan Yayasan Hijrah Selangor, iaitu bagi menyediakan saluran yang sesuai untuk para usahawan mempamerkan produk mereka dan membantu mempromosikan jenama-jenama tempatan."

Sementara itu, Yayasan Hijrah Selangor, adalah program Mikrokredit Bersepadu gagasan bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, bagi menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semenjak tahun 2010. Program ini telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2015. Ianya merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan utamanya, untuk membangunkan golongan kelas pertengahan di Negeri Selangor.

Hanizah Talha berkata, “Yayasan Hijrah, yang mempunyai 22 cawangan merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab mewujudkan sistem pinjaman modal yang mudah dan cepat untuk penjaja serta peniaga-peniaga kecil yang sering didapati kekurangan modal dan peluang untuk mendapatkan modal tambahan disebabkan oleh pelbagai faktor. Selain menyediakan dana, para usahawan di bawah Yayasan juga disediakan dengan latihan.” Antara program yang disediakan termasuklah Program ‘Zero to Hero’ bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan berkonsepkan mentor dan mentee.

Pada majlis tersebut, Yayasan Hijrah Selangor turut menyampaikan replica cek bernilai RM991,000 yang melambangkan jumlah pembiayaan pinjaman yang telah diberikan kepada 106 usahawan tempatan melalui Skim Mikrokredit.

Acara tersebut merupakan platform yang berjaya kerana telah menarik masyarakat untuk bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan, sesuai bagi individu dan keluarga. Terdapat lebih daripada 30 reruai termasuk kendera saji dan ramai usahawan yang menjual makanan, pakaian dan barangan spa secara besar-besaran di sana. Antara aktiviti-aktiviti lain yang telah dianjurkan ialah aktiviti kanak-kanak oleh Dupas Supa, urut terapi dan refleksologi serta sesi cabutan bertuah yang dihoskan oleh pelawak dan pengacara televisyen yang terkenal, Jihan Muse. Perpustakaan bergerak juga turut disediakan di sana bagi dinikmati oleh pengunjung.

Sila klik di sini untuk Fact Sheet
 
Mengenai Radia

Radia ialah pembangunan bersepadu bernilai RM1.6 bilion yang dibina oleh dua pemaju hartanah terkemuka di Malaysia; Sime Darby Property Berhad dan UEM Sunrise Berhad dengan berbekalkan kepakaran UEM Sunrise dalam pembangunan perniagaan bertingkat seperti Solaris Mont' Kiara, Solaris Dutamas; serta data penting pelanggan tempatan dan antarabangsa. Ia direka oleh firma senibina Perancis yang terkenal, J + H Boffils. Reka bentuk Radia adalah berinspirasikan konsep Mediterranean promenade, manakala landskap projek telah dihasilkan oleh pereka United Kingdom Grant Associates, yang telah mencipta rekaan Taman Teluk di Singapura dan Kelab Wimbledon Tenis.

Nama Radia melambangkan kerancakan dan perhubungan pembangunan bersepadu ini. Reka bentuk bangunan ini menyediakan pengudaraan semula jadi, bersesuaian dengan iklim di Malaysia dan pemilihan pelbagai landskap bunga-bungaan yang menghasilkan susasana tenang di kawasan persekitaran yang sibuk.

Projek ini terletak di tengah-tengah Bukit Jelutong, Shah Alam, bersedia untuk menjadi tarikan bagi warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Ia dihubungkan melalui Lebuh raya utama seperti Lebuhraya Persekutuan, NKVE, ELITE dan Guthrie. Pembangunan pegangan bebas ini dibina dengan kemampanan dan reka bentuk holistik supaya berfungsi dan mesra alam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.uemsunrise.com atau radia.com.my.

Sumber: UEM Sunrise Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Emilia Azyyati
Corporate Communication, UEM Sunrise Berhad
Tel: 017-380 6937/03-2718 7725
Emel: emilia.rahman@uemsunrise.uemnet.com 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.