ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PASUKAN GERAK GEMPUR MENGUNGGULI CABARAN KARNIVAL CANDAT SOTONG KELAB AMBANK GROUP 2019 EDISI KEENAM

Friday 19/04/2019



KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pasukan Gerak Gempur memenangi Karnival Candat Sotong Kelab AmBank Group 2019 dengan jumlah berat sebanyak 44.2 kilogram (kg) untuk kategori Pasukan manakala untuk kategori Sotong Terpanjang, Sahfudin Mohd Atan memenangi kategori ini dengan ukuran 43.7 sentimeter (cm).

Dalam tahun keenam, KAG Carnival Candat Sotong 2019 diadakan di Marang, Terengganu dari 13-14 April 2019 dan disertai oleh seramai 200 peserta. Daripada jumlah itu, seramai 136 daripada mereka adalah peserta lelaki manakala seramai 64 daripada mereka adalah peserta wanita.

Pasukan K-Swab memenangi tempat kedua sementara tempat ketiga jatuh kepada pasukan VVIP dalam kategori Pasukan. Jumlah tangkapan pada edisi keenam Karnival Candat Sotong Kelab AmBank Group 2019 adalah 160.4 kilogram.  

Semua hadiah disampaikan oleh Syed Anuar Syed Ali, Presiden, KAG yang juga merupakan Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat dan Pemasaran, Kumpulan AmBank. Karnival ini terbuka kepada semua kakitangan Kumpulan AmBank.

"Saya pasti ramai antara peserta hari ini menyedari bahawa ini adalah Karnival Candat Sotong KAG edisi keenam, dimana pada tahun 2015 dan 2018 kami telah mengadakan karnival ini sebanyak dua kali di atas permintaan yang tinggi dari ahli KAG. Secara teknikal ini menjadikan tahun 2019 sebagai edisi yang ketujuh. Saya juga pasti dengan pengalaman lepas, ia akan membantu anda dalam cabaran pada tahun ini. Tidak syak lagi, ini adalah salah satu aktiviti yang popular dan sambutan hangat dapat dilihat dari jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam edisi tahun ini,” kata Syed Anuar.

Sumber: Kumpulan AmBank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Syed Anuar Syed Ali
Presiden, Kelab AmBank Group/ Naib Presiden Eksekutif
Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan
Kumpulan AmBank 
Tel: 03-2036 1703 
Emel: sasa@ambankgroup.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.