ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  RADIO IKIM HADIAHKAN BAJU T KEPADA PENDENGAR

Friday 19/04/2019



KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Radio IKIM telah mengadakan Ziarah Zohor di 5 lokasi sekitar Lembah Kelang bermula dengan Surau di Menara Petronas KLCC dan lokasi terakhir di Menara Tabung Haji dan seterusnya Radio IKIM meneruskan pengisian dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
 
Program Ziarah Zohor ini memberi peluang kepada pendengar untuk berjumpa secara bersemuka dengan para penyampai Radio IKIM di samping pengisian tazkirah yang disampaikan oleh penyumbang Radio IKIM yang turut bersama dalam program tersebut. Selain itu, ia juga merupakan satu platform untuk mempromosi pembaharuan yang dilakukan setelah penjenamaan semula Radio IKIM yang dilancarkan pada 19 Februari yang lalu selain memperkenalkan gandingan penyampai Radio IKIM yang baharu kepada pendengar.
 
Program Ziarah Zohor telah diperkenalkan oleh Radio IKIM bermula pada tahun 2018 dengan 3 organisasi sahaja apabila mendapat jemputan daripada agensi dan syarikat korporat untuk mengadakan aktiviti atau pengisian kepada warga kerja mereka sebelum bermula waktu Zohor. Pada suku pertama tahun 2019, sebanyak 5 lokasi telah dijelajah untuk program ini. Acara biasanya bermula pada jam 12.30 tengahari dan hingga masuk waktu Zohor dan seterusnya solat berjemaah bersama-sama.
 
Antara penyampai yang turut hadir dalam program Ziarah Zohor ini ialah Hj. Mohd. Faiz Othman, Datin Mona Jasman, Muhammad Syafiq Mehammad Salleh, Suffian Amrin dan ramai lagi. Radio IKIM juga telah merancang untuk meneruskan program seumpama ini pada bulan Julai 2019 dan mana-mana organisasi yang berminat untuk turut serta dalam program ini amat dialu-alukan.
 
Sempena Penjenamaan Semula ini juga, Radio IKIM memperkenalkan tagline baharu “Inspirasi Inforia Islami”. Bagi mendapatkan maklum balas pendengar terhadap program dan pengisian di Radio IKIM, pendengar dijemput untuk menyertai kaji selidik pendengar yang bermula pada 15 April 2019 hingga 10 Mei 2019. Pendengar bertuah yang menyertai kaji selidik ini akan dihadiahkan sehelai baju T ekslusif Radio IKIM. Bagi menyertai kaji selidik ini, pendengar perlu melayari laman web www.ikim.my/kajiseldik dan menjawab soalan yang disediakan.
 
Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6329/ 03-6204 6330/ 03-6204 6331

         
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 019-3334253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 019-276 8003

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.