ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ONCHAIN CUSTODIAN, PENJAGA MATA WANG KRIPTO & ASET DIGITAL YANG DISOKONG OLEH SEQUOIA, MENGUMUMKAN PELANGGAN MEREKA YANG PERTAMA DAN PERKONGSIAN

Tuesday 23/04/2019



SINGAPURA, 23 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berikutan kejayaan pelancaran perkhidmatan mereka, Onchain Custodian (ONC), penjaga aset digital yang disokong oleh Sequoia, Fosun dan DHVC, mengumumkan kemunculan pelanggan mereka yang pertama dan penubuhan perkongsian penting.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190422005266/en/Onchain-Custodian-Cryptocurrency-Digital-Asset-Custodian-Backed
 
Beribu pejabat di Singapura, ONC telah membangunkan satu perkhidmatan penjagaan peribadi dan komprehensif untuk pelabur institusi dan pelabur bertauliah bagi mendapatkan aset digital dengan keselamatan dan kawalan gred institusi. Platform Penjaga Aset Digital SAFE™ dibina secara fleksibel untuk memenuhi kemungkinan masa hadapan bagi penjagaan aset digital.

Acara pelancaran Onchain Custodian berlangsung di Mandarin Oriental Singapore pada 11 April semasa Sidang Kemuncak Kewangan Baharu Blok Rantai Asia Pasifik. Acara itu telah menarik tetamu VIP dari seluruh dunia, dari Kanada hingga ke China. Sebahagian daripada mereka telah mengumumkan pada acara itu mengenai rancangan mereka untuk menggunakan perkhidmatan Onchain Custodian.

Selain Yayasan Ontologi, yang mengumumkan dua minggu lalu berhubung penggunaan perkhidmatan itu, Tembusu PartnersPre AngelJLABJD Capital, Fission Capital, Frees Fund, Timestamp Capital, Milestone, antara tujuh yang lain, akan  memulakan proses penggabungan dengan Onchain Custodian pada minggu-minggu mendatang.

Encik Pak Lum MOCK, Rakan Pengurusan, Tembusu Partners. “Sebagai sebuah firma ekuiti persendirian yang terkemuka dengan akar umbi yang mendalam di Asia Baru Muncul, Tembusu memiliki pelaburan aset digital yang kami mahu ia selamat dan diurus dengan betul. Kami percaya bahawa Onchain Custodian, dengan jejak Asia Pasifik yang mantap, akan menawarkan kepada kami perkhidmatan peribadi yang kami cari.”

Encik Jian SUN, Pengasas, JLAB | JD Capital: “Pengasas dan penyokong Onchain Custodian adalah merupakan testimoni yang kuat tentang kesungguhan projek itu. Dengan menyimpan dengan selamat aset digital kami dengan ONC, kami mengikuti amalan terbaik yang harus diguna pakai bagi mana-mana institusi pelaburan; penjagaan pihak ketiga yang bebas.”

Cik Sandy Peng, Rakan, Fission Capital: “Pelaburan aset digital adalah sukar untuk dikendalikan memandangkan kepelbagaian semasa bagi blok rantai dan protokol token. Mempunyai akses tetingkap tunggal yang selamat kepada blok rantai yang ditawarkan oleh Onchain Custodian akan membantu kami menguruskan pelaburan kami”.

Semasa acara pelancaran itu, Onchain Custodian juga mengumumkan perkongsian penting dengan rakan saluran seperti Infinito yang akan membantu mempromosikan perkhidmatan ONC, tetapi juga kumpulan-kumpulan industri. Alexandre Kech, Ketua Pegawai Eksekutif, ONC: “Amalan terbaik di sekitar penjagaan aset digital adalah penting kepada masa hadapan bagi industri ini. Kami komited untuk bekerjasama dengan pelanggan tetapi juga persatuan seperti Distributed Regtech Collaboration Platform, Persatuan Blok Rantai Malaysia atau Persatuan Pertukaran Digital untuk membina piawaian global bagi penjagaan aset digital.”

Perkongsian tambahan termasuk Accuity, penyedia platform pematuhan yang terkenal yang ONC akan gunakan untuk pematuhan KYC dan AML/CFT, dan Polymath, sebuah platform Token Sekuriti yang dikenali secara global yang akan merujuk kepada Onchain Custodian sebagai sebuah penyedia perkhidmatan penjaga. Thomas Borrel, Polymath: “Penjaga yang bereputasi adalah satu komponen penting di dalam perjalanan penerbitan token keselamatan, terutamanya ketika institusi mencari cara baharu dan inovatif untuk menjanakan pertumbuhan. Kami sangat gembira untuk menjalin kerjasama dengan Onchain Custodian bagi menyediakan Penerbit kami yang berpangkalan di Asia dengan satu jaminan yang selamat dan penyelesaian penjagaan yang boleh dipercayai.”

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190422005266/en/Onchain-Custodian-Cryptocurrency-Digital-Asset-Custodian-Backed

Hubungi

Jessica Lee
jessica.lee@oncustodian.com

Sumber : Onchain Custodian


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.