ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  ORYX STAINLESS (THAILAND), PEMENANG ANUGERAH LESTARI, MERAIKAN PEMBUKAAN BESAR-BESARAN DI THAILAND

Tuesday 23/04/2019



Table
Oryx Stainless (Thailand), Pemenang Anugerah Lestari, Meraikan Pembukaan Besar-besaran di Thailand

AsiaNet 78296

Bangpakong/Thailand, 23 Apr, 2019/InfoQuest -AsiaNet/--

Pemenang Anugerah Lestari Oryx Stainless (Thailand) Meraikan Pembukaan Besar-besaran Kilang Baharu di Thailand.

Oryx Stainless (Thailand) Co., Ltd., peneraju pasaran kitar semula keluli tahan karat di Thailand dan Asia Tenggara, meraikan pembukaan besar-besaran tapak baharunya di daerah Bangpakong, Chachoengsao, Thailand.
 
Lebih daripada 200 tetamu dari Thailand, seluruh Asia dan luar negara hadir ke Bangpakong untuk mengucapkan tahniah kepada kakitangan, pengurusan dan pemegang saham Oryx Stainless atas kejayaan pembukaan operasi yang moden dan terkini.  Selepas pusat yang lama terlebih kapasiti, kilang yang baharu ini akan menjadi asas kepada pembangunan dinamik Oryx Stainless di Thailand untuk tahun-tahun mendatang.  Pasukan Acara telah mentransformasikan kilang itu menjadi satu ruang acara yang dihias rapi.
 
Tetamu-tetamu VIP terdiri daripada perwakilan kerajaan, kedutaan, dewan-dewan perniagaan, para pelanggan, pembekal dan bank dan juga para kakitangan yang menjadi asas kejayaan Oryx Stainless Thailand.  Program acara yang dinamik dan menghiburkan menawan tetamu yang hadir, mereka menikmati pelbagai muzik dan persembahan.  Malam keraian itu diakhiri dengan persembahan daripada Myria Nut Benedetti, artis terkenal Thailand.
 
Marthijn Smit, Ketua Pegawai Eksekutif Oryx Stainless Thailand memulakan acara dengan menyampaikan ucapan alu-aluan kepada kesemua tetamu dari Asia dan luar negara.  Beliau menegaskan yang Oryx Stainless komited terhadap kerajaan negara Thailand dan rakyatnya dan sangat berbesar hati untuk beroperasi di Thailand sebagai pengitar semula keluli tahan karat premium, menggunapakai model perniagaan berasaskan pengetahuan dan bersifat lestari.
 
Mr.Smit berkata: “Oryx Stainless (Thailand) komited sebagai petunjuk arah kepada kelestarian dan juga penggalak tegar untuk ekonomi pusingan di Thailand dan sekitarnya.  Kami sangat komited dalam menyumbang kepada pembangunan dan perkongsian pengetahuan mengenai kepentingan pengitaran semula, khususnya berkaitan dengan keluli tahan karat di Thailand dan rantau Asia Tenggara.”
 
Beliau menegaskan lagi bahawa pengitaran semula keluli tahan karat menjimatkan gas rumah hijau dalam jumlah yang besar.  Dalam tahun 2018, Oryx Stainless Thailand berjaya  menjimatkan sebanyak 350,000 ton karbon dioksida dalam industri keluli tahan karat.  Secara total Oryx Stainless Group menyumbang lebih daripada 2.2 juta ton penjimatan CO2 bagi melindungi masyarakat daripada perubahan iklim yang lebih teruk.
 
Pengasas Bersama, pemegang saham utama dan Pengerusi Oryx Stainless Group Mr. Michael Pawlowski, dalam ucapan berkata beliau dan para pemegang saham yang lain sangat berbangga dengan kejayaan pembangunan entiti di Thailand ini.  Mr Pawlowski menjelaskan: “Saya rasa amat berbangga kerana mempunyai rakan sekerja terbaik dan saya percaya pasukan ini adalah pasukan terbaik dalam industri di Thailand.  Mereka sangat rajin, mesra dan jujur dan mereka adalah roh kepada syarikat berjiwa Thailand ini.”
 
Yoong Sung Won, Naib Presiden dan pemimpin pasukan pembelian bahan mentah untuk syarikat Korea Selatan Posco – salah sebuah pengeluar keluli tahan karat terbesar di Asia dan seluruh dunia – memberikan penghormatan kepada Oryx Stainless dengan bersama-sama menekan butang dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi sebagai tanda pembukaan dan perasmian kilang tersebut.
 
Kesemua kakitangan operasi di Thailand ini adalah bintang utama pada malam pembukaan tersebut dan mereka sangat dihargai sebagai Keluarga Oryx Stainless.  Bersama-sama para tetamu VIP dan pemegang saham yang terhormat, mereka menikmati malam itu dengan hidangan makanan dan minuman yang lazat.  Parti yang diadakan selepas acara perasmian berakhir lewat malam dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah masing-masing.
 
Oryx Stainless merancang untuk membuka sebuah lagi fasiliti dengan menjadikan kejayaan operasi di Thailand ini sebagai rangka tindakan untuk perkembangan di Asia.  Syarikat ini sangat berbesar hati dengan kehadiran dan penyertaan delegasi dari Kementerian Perdagangan dan Industri Malaysia dan juga Agensi Pembangunan Pelaburan Malaysia.  Kehadiran mereka memberikan satu perspektif jelas tentang model perniagaan dalam pemprosesan sekerap keluli tahan karat yang lestari ‘zero-waste’ yang menjadikan Oryx Stainless Thailand sebagai penanda aras dan petunjuk arah kepada ekonomi pusingan di Asia Tenggara.
 
Nota untuk editor sahaja:
 
Oryx Stainless Group, ditubuhkan pada 1990, merupakan antara organisasi peneraju dunia untuk bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran keluli tahan karat berkualiti tinggi.  Kumpulan ini memfokuskan aktiviti perniagaannya dalam pengendalian dan pemprosesan sekerap keluli tahan karat untuk menjadi Oryx Stainless Blends.  Kisaran bahan mentah sekunder ini – yang secara individunya diadaptasikan oleh pengeluar keluli tahan karat masing-masing – menggantikan bahan mentah utama seperi feronikel, ferokromium dan feromolibdenum.
 
Klik untuk gambar:
https://bconceptgroup-my.sharepoint.com/:f:/p/ceo/Ev03ilZ9dVpLlAqNJfgvb2MBMOk1mOKo7-D-j3hXL9XkrQ?e=h14hfK

Klik untuk akses video:
https://bconceptgroup-my.sharepoint.com/:v:/p/ceo/EVTwQhn7kJtKggODlkuHuOwBShmBgop01fFam8ctOOFi2w?e=nefyUe
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
 
Oryx Stainless (Thailand) Co., Ltd.
92/8-9 Moo 1, T. Homsin
A. Bangpakong, Chachoengsao
24130 Thailand
 
Marthijn Smit
Telefon +66(0)38-571-960
smit@oryx.com  
 
B-Concept Media Entertainment Group Co., Ltd.
press@bconceptgroup.com 
 
SUMBER: Oryx Stainless (Thailand)
 
Pautan Lampiran:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=333954

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.