ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MISI EKONOMI DAN PROMOSI KE ARAB SAUDI PADA 22 - 26 APRIL 2019

Tuesday 23/04/2019



KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Kementerian Industri Utama (MPI) akan mengadakan misi ekonomi dan promosi ke Arab Saudi mulai 22 – 26 April 2019 yang diketuai oleh YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Menteri Industri Utama. Delegasi yang akan disertai oleh pegawai kanan Kementerian dan agensi di bawah Kementerian akan mengadakan beberapa pertemuan dengan pemain industri sawit dan di Arab Saudi.

Pertemuan dengan pihak berkepentingan ini diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan perdagangan minyak sawit, meneroka peluang pasaran dan rakan dagangan baru serta memperkukuhkan jaringan rangkaian perdagangan untuk meningkatkan import minyak sawit dan produk kayu negara. Selain itu, pertemuan ini juga dapat memberi ruang bagi Malaysia menerangkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam memastikan pengeluaran minyak sawit mampan serta kebaikan minyak sawit kepada kesihatan.

Arab Saudi merupakan antara pasaran terbesar bagi eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit serta kayu dan produk kayu Malaysia dalam kalangan negara-negara Timur Tengah. Pada tahun 2018, nilai eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit serta kayu dan produk kayu ke Arab Saudi adalah sebanyak RM1.49 billion. Rantau Timur Tengah dilihat sebagai antara destinasi eksport produk komoditi yang berpotensi untuk dikembangkan dan seterusnya meningkatkan lagi syer pasaran produk komoditi di pasaran antarabangsa.

Misi ini merupakan salah satu langkah berterusan Kementerian untuk mempromosikan eksport produk komoditi. Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang misi ini termasuk persidangan, perbincangan dengan pihak industri dan lawatan kerja diharapkan dapat mempromosikan eksport industri komoditi negara dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

Sumber: Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Mohd Hilmi bin Mohd Ali
Tel: 03-8880 3325 / 016 205 8311
Emel: hilmihajiali@mpi.gov.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.