ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  KUMPULAN APTORUM MEWUJUDKAN SMART PHARMA UNTUK MEMBERI TUMPUAN KEPADA PENEMUAN UBAT DIGUNA SEMULA BERKOMPUTER BAGI PENYAKIT ORPHAN ATAU JARANG BERLAKU DAN PENYAKIT TIDAK DIPENUHI

Wednesday 24/04/2019



Table
Kumpulan Aptorum Mewujudkan Smart Pharma untuk Memberi Tumpuan kepada Penemuan Ubat Diguna Semula Berkomputer bagi Penyakit Orphan atau Jarang Berlaku dan Penyakit Tidak Dipenuhi


SINGAPURA, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) hari ini mengumumkan penubuhan satu kumpulan anak syarikat baharu, Smart Pharma (“SmartP”), yang mengendalikan platform penemuan ubat diguna semula berkomputer novel, permodelan dan pengesahan mereka, yang bersama-sama dirujuk sebagai platform “Smart-ACTTM”.

Smart-ACTTM membawa maksud Pengkomersilan Dipercepatkan bagi Terapeutik dan merangkumi teknologi terkini di dalam penyaringan sistematik bagi molekul ubat diluluskan yang sedia ada terhadap sasaran terapeutik terpilih. Secara khusus, platform Smart-ACTTM  terdiri daripada satu rangkaian modul dan proses yang mensimulasikan keberkesanan bagi molekul ubat terhadap penyakit untuk ramalan dan pemilihan hasil. Platform Smart-ACTTM  itu pada awalnya akan memberi tumpuan kepada penyaringan molekul ubat bagi penyakit orphan atau keperluan perubatan yang tidak dipenuhi.

Sehingga kini, SmartP telah, di bawah platform Smart-ACTTM  yang baru ditubuhkan, berjaya menyaring 1,615 kompaun terhadap 3 protein sasaran terapeutik yang berkaitan dengan prognosis neuroblastoma yang buruk (“NB”). NB adalah sejenis kanser yang terbentuk dalam beberapa jenis tisu saraf dan paling kerap di kelenjar adrenal serta tulang belakang, dada, abdomen atau leher. Hasil awal daripada platform Smart-ACTTM  kini telah mengenalpasti beberapa calon ubat penggunaan semula yang berpotensi yang dapat menunjukkan potensi terhadap penyakit tersebut. SmartP akan seterusnya beralih untuk menjalankan pengesahan in vitro dan in vivo bagi calon-calon ini melalui kerjasama dengan Aptorum Group Limited untuk menilai dan mengesahkan penggunaan calon bagi petunjuk baharu tersebut.

Penggunaan semula ubat biasanya melibatkan penggunaan sejenis ubat yang diluluskan atau sejenis ubat yang sedang dibangunkan untuk satu petunjuk daripada apa yang pada asalnya ia dibangunkan. Profil keselamatan dan perspektif CMC bagi molekul ubat-ubatan ini biasanya mantap dan oleh itu, penggunaan semua ubat mewakili satu pendekatan risiko yang lebih rendah untuk penemuan/perkembangan ubat. Satu daripada contoh yang paling terkenal bagi ubat yang berjaya digunakan semula adalah thalidomide, yang pada asalnya dibangunkan untuk merawat penyakit mabuk hamil tetapi ditarik balik dari pasaran disebabkan kesan sampingan yang boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Kemudian, ia diguna semula untuk merawat mieloma berbilang.
 
SmartP mensasarkan untuk menemui sehingga 10 calon ubat yang diguna semula setahun di bawah platform Smart-ACTTM, yang akan terus membangun dan memperkayakan perpustakaan harta intelek mereka bagi penemuan sedemikian.

Maklumat lanjut mengenai platform Smart-ACTTM  boleh diperolehi di laman web kami: http://www.smtph.com.

Pengasas bagi Kumpulan Aptorum dan Smart Pharma, Encik Ian Huen, mengulas: “Platform Smart-ACTTM kami adalah satu peranti novel yang kami percaya mengubah sepenuhnya industri penemuan dan penggunaan semula ubat yang secara tradisional bergantung kepada penemuan yang terselerak dan yang ditemui secara kebetulan dengan cara yang bermanfaat. Sebaliknya, platform Smart-ACTTM  kami adalah didasarkan kepada proses berkomputer untuk melakukan penyaringan dan ramalan sistematik bagi molekul ubat untuk mempercepatkan pengkomersialan bagi terapeutik, dengan tumpuan awal kepada penyakit orphan dan keperluan perubatan yang tidak dipenuhi. Kumpulan Aptorum sangat teruja dengan perkembangan Smart Pharma, dengannya ia akan secara aktif mencari peluang kerjasama dan pembangunan bersama dengan industri yang lebih luas.”

Maklumat mengenai Aptorum Group Limited
Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) adalah sebuah syarikat farmaseutikal yang berdedikasi untuk membangun dan mengkomersialkan pelbagai teknologi terapeutik dan diagnostik untuk menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi. Kumpulan Aptorum sedang melaksanakan projek terapeutik dan diagnostik di dalam neurologi, penyakit berjangkit, gastroenterologi, onkologi dan bidang penyakit lain serta bidang bukan terapeutik seperti robotik pembedahan dan operasi bagi klinik perubatan mereka di Hong Kong, Talem Medical, dengan tumpuan awal kepada rawatan bagi penyakit kronik yang berpunca daripada gaya hidup sedentari moden dan populasi yang semakin tua.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aptorum Group Limited, sila layari www.aptorumgroup.com.

Maklumat mengenai Smart Pharma
Syarikat induk Smart Pharma, SMTPH Limited, dan syarikat kumpulan mereka adalah merupakan anak syarikat milik sepenuhnya Aptorum Group Limited, yang memberi tumpuan kepada penerapan platform Smart-ACTTM  mereka untuk merevolusikan penemuan dan pembangunan farmaseutikal.

Untuk maklumat lanjut mengenai Smart Pharma, sila layari www.smtph.com.

Penafian dan Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
Siaran media ini termasuk kenyataan mengenai Aptorum Group Limited dan jangkaan, rancangan dan prospek masa hadapan mereka yang membentuk “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” dalam erti maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Untuk tujuan ini, apa-apa kenyataan yang terkandung di sini yang bukan merupakan kenyataan berbentuk fakta sejarah boleh dianggap sebagai kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Dalam kes tertentu, anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan dengan terma seperti “mungkin,” “sepatutnya,” “mengharapkan,” “merancang,” “menjangka,” “boleh,” “berhasrat,” “sasaran,” “projek,” “memperhatikan,” “percaya,” “anggaran,” ”meramalkan,” “berpotensi,” atau “meneruskan”, atau maksud negatif bagi istilah atau ungkapan yang serupa. Kumpulan Aptorum telah mendasarkan kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini terutamanya terhadap jangkaan dan ramalan semasa berhubung peristiwa masa hadapan dan trend yang mereka percaya boleh menjejaskan perniagaan, keadaan kewangan dan hasil operasi. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini hanya melibatkan setakat tarikh siaran media ini dan adalah tertakluk kepada beberapa risiko, ketidakpastian dan andaian yang termasuk, tanpa had, risiko yang berkaitan dengan perubahan pengurusan dan organisasi yang diumumkan, perkhidmatan dan ketersediaan berterusan bagi kakitangan utama, keupayaan mereka untuk memperluaskan pelbagai produk mereka dengan menawarkan produk tambahan untuk segmen pengguna tambahan, strategi pertumbuhan, trend dan cabaran syarikat yang dijangkakan di dalam perniagaan mereka, dan jangkaan mereka berhubung, dan kestabilan bagi, rantaian bekalan mereka, dan risiko itu dihuraikan dengan lebih jelas di dalam Borang 20-F bagi Kumpulan Aptorum dan fail lain yang dilakukan oleh Kumpulan Aptorum dengan SEC pada masa hadapan. Kumpulan Aptorum tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini sebarang kenyataan yang     berpandangan ke hadapan yang terdapat dalam siaran media ini hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Hubungi
Bagi pihak Aptorum Group Limited
Hubungi
Perhubungan Pelabur dan Media
Tel: +852 2117 6611
E-mel: investor.relations@aptorumgroup.com
Laman web: http://www.aptorumgroup.com

Bagi pihak Smart Pharma
Hubungi
Permintaan Maklumat
Tel: +852 2117 6611
E-mel: info@smtph.com
Laman web: http://www.smtph.com

Sumber : Aptorum Group Limited

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20190424005095/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.