Contoh-contoh mengenai bagaimana jenama terkemuka P&G sudah mengamalkan kriteria itu menerusi penyataan jelas cita-cita dan melaksanakan pelan mereka termasuk:
Cita-cita
Ariel adalah untuk mencipta semula kebersihan yang lebih baik bagi mengurangkan penggunaan sumber sebanyak 50% dalam bidang impak utama seperti tenaga dan air dengan memacukan produk, perkhidmatan dan inovasi pembungkusan. Asas-asas Ariel itu termasuk
komitmen pembungkusan terbaru mereka, sebagaimana yang diumumkan hari ini, seperti berusaha untuk membuat kesemua pembungkusan mereka dapat dikitar semula menjelang tahun 2022 dan bagi mengurangkan pembungkusan plastik sebanyak 30% menjelang tahun 2025. Selain itu, Ariel menggunakan suara mereka untuk membantu membentuk suatu masa hadapan yang sama rata melalui kempen seperti
“Partage des taches” di Perancis dan “
Berkongsi Beban itu” di India, yang menyokong idea bahawa lelaki dan wanita sama berkongsi tugas menguruskan rumah tangga.
Cita-cita
Herbal Essences itu
adalah untuk membolehkan semua orang menikmati kuasa positif alam semula jadi dan bagi menyokong biodiversiti untuk kepentingan manusia sejagat dan bumi ini. Selain itu, Herbal Essences sedang mengetuai cara untuk berkongsi maklumat komprehensif mengenai
ramuan mereka, dengan jelas menerangkan
4 langkah proses keselamatan mereka dan diiktiraf oleh PETA sebagai sebuah
jenama yang bebas daripada kekejaman. Herbal Essences bio: pembaharuan adalah jenama penjagaan rambut global yang pertama untuk memiliki botani mereka
yang disahkan oleh Royal Botanic Gardens, Kew, sebuah autoriti yang terkemuka di dunia berhubung tumbuh-tumbuhan. Herbal Essences juga memanfaatkan suara mereka untuk menggalakkan pelancaran
pembungkusan yang direka untuk membantu mereka yang cacat penglihatan dan
botol-botol plastik pantai di pasaran terbesar mereka, Amerika Syarikat.
Cita-cita
Pampers adalah untuk memberikan berjuta-juta bayi peluang untuk pembangunan sihat yang bahagia, bekerjasama dengan kalangan profesional penjagaan kesihatan, ibu bapa dan NGO. Sebagai sebahagian daripada Asas-asas Jenama 2030 P&G, Pampers sedang memperkenalkan
‘7 Tindakan untuk Kebaikan’ termasuk tindakan-tindakan konkrit berikut: Meneruskan langkah berinovasi ke arah penyelesaian lampin yang lebih mapan untuk mencapai kemajuan ke arah pengurangan
1 30% bahan-bahan lampin yang digunakan oleh setiap bayi sepanjang waktu mereka menggunakan lampin. Dengan inovasi dan menggunakan bahan-bahan secara lebih berkesan, jenama itu telah mengurangkan purata berat bagi lampin mereka sebanyak 18%
2 dalam tempoh 3 tahun yang lalu, dengan kekeringan yang dipercayai yang sama. Kitar semula
3 utama untuk lampin dan tisu kesat dan komitmen kepada melancarkan kemudahan kitar semula di tiga buah bandar raya menjelang tahun 2021. Dengan kerjasama UNICEF, Pampers telah membantu menghapuskan maternal dan neonatal tetanus di 24 buah negara. Pada Mac 2019 sebuah lagi negara -- Chad, kini telah menghapuskan penyakit ini, membolehkan kira-kira 880,000 nyawa
4 yang baru lahir diselamatkan sejak tahun 2006.
“Kriteria Jenama 2030 itu menunjukkan kepimpinan bagi pemimpin-pemimpin jenama dengan menentukan apa yang dimaksudkan dengan sebuah jenama individu bagi membolehkan penggunaan yang bertanggungjawab. Mereka memastikan satu penyatuan yang teliti dan berjangka panjang bagi impak sosial dan alam sekitar yang bermakna dan boleh diukur ke dalam strategi dan pengalaman jenama secara keseluruhan -- berbanding satu inisiatif pemasaran yang ditaja oleh jenama tunggal atau mengaktifkan sebahagian campuran pemasaran,” kata KoAnn Vikoren Skrzyniarz, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jenama-jenama Lestari.
“Kami terlibat dengan beberapa pihak berkepentingan luar untuk membantu membuat kriteria itu,” kata Virginie Helias, Ketua Pegawai Kelestarian P&G. “Kami mahu mencipta kriteria yang akan menjadikan SDG12 nyata untuk jenama, memastikan mereka bertanggungjawab untuk memacukan kemajuan ke arah mengambil penggunaan yang lebih bertanggungjawab ke peringkat seterusnya. Dengan jenama kami, kami memberi perkhidmatan kepada lima bilion orang di seluruh dunia, sekali gus memberikan kami peluang dan tanggungjawab yang unik untuk tidak hanya menggembirakan orang melalui prestasi produk yang unggul, tetapi juga bagi menggalakkan perbualan, mempengaruhi sikap, perubahan tingkah laku dan menjadikan gaya hidup yang mapan pada suatu skala realiti global.”
Maklumat mengenai Pendekatan P&G ke arah KewarganegaraanProgram Kewarganegaraan korporat Syarikat itu menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa dan memberi tumpuan kepada Etika dan Tanggungjawab Korporat, Kelestarian Alam Sekitar, Impak Komuniti, Kesaksamaan Jantina dan Kepelbagaian dan Rangkuman. Kriteria Jenama 2030 adalah keperluan bagi jenama-jenama individu yang selain daripada program korporat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai usaha Kewarganegaraan P&G, baca Laporan Kewarganegaraan 2018 P&G
di sini.Maklumat mengenai Procter & GambleP&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G itu termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari
http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.
Maklumat mengenai Jenama Mapan ParisJenama-jenama Mapan adalah komuniti global yang pertama bagi inovasi dan jenama dan organisasi kelestarian. Jenama yang paling berpengaruh di dunia dalam CSR tiba di Perancis buat kali pertama 23 hingga 25 April, 2019. Persidangan itu merangkumi satu format yang berinovatif untuk mencipta semula komitmen jenama dan membuka perspektif baharu.
1 Vs. sejenis lampin pakai buang yang lazim
2 Vs. Pampers paling laris dijual pada tahun 2016.
3 Teknologi kitar semula telah dicipta oleh Fater, satu usaha sama di antara P&G dan Angelini (yang menghasilkan Pampers di Itali).
4 Berdasarkan anggaran WHO dan UNICEF setakat Feb 2019
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190424005170/en/Hubungi
Hubungan Media P&G:
Becky East
H&K Strategies
+44 7785 990159
Becky.East@hkstrategies.com
Eleni Papadimitriou
P&G Communications
+41792077166
papadimitriou.e@pg.com
Sumber : Procter & Gamble
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA