ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN FUSIONEX INTERNATIONAL DIANUGERAHKAN DENGAN FELLOWSHIP KEHORMAT OLEH MOSTA

Monday 27/05/2019



KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh telah dianugerahkan dengan Fellowship Kehormat bagi Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau yang cemerlang kepada industri minyak sawit.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/51985909/en

Teh menerima penghormatan itu pada satu majlis penyampaian yang diadakan semasa acara ‘Masa Depan Industri Minyak Sawit’ di Kuala Lumpur. Teh telah dianugerahkan dengan penghormatan itu oleh Presiden MOSTA Tan Sri Datuk Dr Augustine Ong Soon Hock dan disaksikan oleh Menteri Industri Utama Malaysia, YB Teresa Kok Suh Sim, yang menyampaikan ucaptama.

Acara itu termasuk sesi berkongsi pengetahuan yang memberi tumpuan kepada pendigitalan dan pemodenan industri minyak sawit dengan menggunakan teknologi canggih seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Revolusi Industri (IR) 4.0. 

Pakar-pakar dalam pelbagai perkara termasuk mereka dari Fusionex telah bercakap kepada lebih 100 orang wakil industri minyak sawit, pemimpin, penyelidik, dan saintis mengenai bagaimana Blok Rantai, Pemudahan Perdagangan dan teknologi lain dapat membantu merevolusikan sektor minyak sawit.

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh berkata, “Saya berbesar hati dan berterima kasih kerana telah diberikan anugerah ini oleh MOSTA. Industri minyak sawit adalah satu sektor yang bertenaga dan berkembang dengan potensi yang sangat besar. Sama seperti dengan bidang lain, cabaran dan peluang sentiasa wujud. Kami di Fusionex adalah komited untuk membantu industri minyak sawit agar terus mempertingkatkan diri dan cemerlang melalui penggunaan teknologi yang berkesan. Untuk itu, kami sangat teruja dan bersemangat untuk bekerjasama dengan rakan-rakan hebat seperti MOSTA serta pelbagai pemain industri yang lain untuk meningkatkan standard, kualiti, produktiviti dan kecekapan industri minyak sawit.”

Presiden MOSTA Tan Sri Datuk Dr Augustine Ong Soon Hock berkata, “MOSTA menghargai sumbangan Dato' Seri Ivan Teh untuk memulakan penggunaan AI kepada industri minyak sawit melalui penciptaan beliau di dalam proses pengisaran dan pemasaran minyak sawit yang dicadangkan.

Cadangan beliau mengenai sebuah perladangan pintar, pengisaran pintar, dan penstriman pengeluaran minyak sawit akan meningkatkan masa depan bagi industri minyak sawit. Beliau memarakkan laluan baharu ini dengan pengetahuan dan kemudahan terkini serta pembentangan yang sangat baik.”

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Maklumat mengenai MOSTA

MOSTA (Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (organisasi yang tidak mencari keuntungan) telah dirasmikan pada 7 September 1989 dengan tujuan untuk menggalakkan kemajuan dalam sains, teknologi, dan perdagangan minyak dan lemak.

Misi MOSTA adalah untuk menjadi organisasi yang tidak mencari keuntungan yang terkemuka di rantau Asia Pasifik di dalam kemajuan sains, teknologi, kualiti, dan perkara-perkara yang berkaitan perdagangan dengan minyak dan lemak termasuk bahan berkaitan lipid yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MOSTA, sila layari http://mosta.org.my/

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/51985909/en

Hubungi

Hubungan Media:
Angie Lim
angie@adv-fusionex.com

Sumber : Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.