ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  AAGBS & IBFIM MEMETERAI PERJANJIAN PROGRAM KEWANGAN ISLAM

Monday 27/05/2019



KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), sebuah institusi pembangunan bakat sepanjang hayat telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
 
Berdasarkan perjanjian itu, AAGBS akan menjadi rakan akademik IBFIM bagi
 mengintegrasi program di bawah kelolaan IBFIM iaitu program Kelayakan Bersekutu Kewangan Islam (AQIF) ke dalam Sarjana Perbankan dan Kewangan Islam (MIBF).
 
Dekan AAGBS, Prof Dr Nor'Azam Mastuki berkata: "Dilengkapi dengan AQIF, graduan MIBF lulusan AAGBS akan menjadi lebih cekap, berkemahiran dan berpengetahuan luas dalam ilmu kewangan Islam. Ini akan mempersiapkan mereka untuk berkecimpung di dalam kerjaya kewangan Islam dan membuka laluan mereka ke arah mendapatkan kelayakan lebih tinggi seperti Pengiktirafan Kelayakan Dalam Kewangan Islam (CQIF). "
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Yusry Yusoff berkata: “Adalah harapan kami untuk melahirkan generasi baru profesional kewangan kewangan Islam. Kami yakin kerjasama ini bakal melahirkan bakat-bakat yang bersedia untuk membawa pembaharuan kepada industri. Kami sangat berbesar hati dapat bergandingan dengan AAGBS dalam usaha ini.”
 
Sehingga kini, IBFIM telah bekerjasama dengan lebih daripada 20 institusi akademik termasuk universiti antarabangsa. 600 penuntut telah lulus menerima pensijilan industri IBFIM menerusi kerjasama ini.
 
Mengenai IBFIM
IBFIM, Institut Perbankan Islam & Kewangan Islam Malaysia adalah institusi pembelajaran sepanjang hayat yang memberi pengkhususan dalam pembangunan bakat bagi pasaran industri kewangan Islam.
 
Mengenai AAGBS, UiTM
AAGBS adalah sekolah perniagaan di Universiti Teknologi MARA yang menawarkan program pascasiswazah dalam bidang pengurusan dan perniagaan secara kerja kursus dan penyelidikan iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA); Sarjana Perbankan dan Kewangan Islam (MIBF); Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) dan Doktor Falsafah Pengurusan Perniagaan (PhD).
 
Sumber: Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia


 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Norena Yaacob

Pengurus Komunikasi Pemasaran

E-mel: norena@ibfim.com.my
 
Nama: Shahizan Md. Noh

Ketua Unit, Reka Bentuk Pengajaran & Perkongsian

E-mel: shahizan@ibfim.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.