ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  OSAKA GAS CO., LTD.: PELABURAN DAN PENYELESAIAN PERJANJIAN USAHA SAMA DENGAN AGP INTERNATIONAL HOLDINGS PTE. LTD., DENGAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR GAS ASLI DITERUSKAN

Monday 22/07/2019



OSAKA, Jepun, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Osaka Gas Co., Ltd., (Osaka Gas) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Osaka Gas Singapore Pte. Ltd. (OGS), dan bersama Japan Bank for International Cooperation (JBIC), melabur modal dalam AGP International Holdings Pte. Ltd. (AGP IH). Osaka Gas juga telah menjalin perjanjian usaha sama khusus dengan AGP IH dan rantaian nilai gas aslinya.

Siaran media ini disertakan ciri-ciri multimedia. Lihat siaran penuh di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190721005041/en/

AGP Group telah berkembang dari legasi 100 tahunnya dalam bidang peniagaan dalam sektor pembinaan dan kejuruteraan, sehinggalah kepada pemerolehan Gas Entec Co., Ltd. (Gas Entec), yang mereka bentuk kapal LNG bersaiz kecil hingga sederhana. AGP Group memiliki kemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan, selain kemampuan pemasaran dalam industri LNG, dengan terlibat aktif dalam membangunkan perniagaan LNG dengan platform LNG terapung serta perniagaan gas bandar bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, terutama di Asia Tenggara dan India.

Osaka Gas kini aktif di Singapura, Thailand dan Indonesia, mengembangkan perniagaan bekalan gas untuk pelanggan perindustrian, selain perniagaan perkhidmatan tenaga. Syarikat itu juga mempunyai perancangan untuk memulakan operasi di Vietnam tahun ini. Menerusi pelaburan ini dan pemeteraian perjanjian kerjasama ini akan meneruskan sinergi, daripada pengetahuan pembangunan projek dan kemahiran kejuruteraan yang dimiliki AGP Group dalam perniagaan LNG serta pengetahuan terkumpul Osaka Gas dalam negara untuk LNG dan saluran paip gas. Untuk masa hadapan, syarikat itu akan terlibat secara aktif dalam membangunkan terminal LNG, loji tenaga dan perniagaan bekalan LNG bagi mewujudkan rantaian nilai gas asli di Asia Tenggara dan negara-negara lain yang mempunyai permintaan yang semakin meningkat ke atas LNG.

Daigas Group* dikhususkan untuk meningkatkan pertumbuhan dalam sektor tenaga luar negara, seperti yang dinyatakan dalam Going Forward Beyond Borders 2030, wawasan perniagaan jangka panjang dan jangka sederhananya. Untuk masa hadapan Asia Tenggara permintaan gas asli diunjurkan meningkat, dan berada pada kedudukan sebagai rantau yang kritikal bagi aktivitinya. Perniagaan tenaga luar negaranya, termasuk projek di Asia Tenggara, akan diperluaskan.

*Pada 8 Mac, 2018, Osaka Gas Co., Ltd. Melancarkan jenama baharu kumpulan “Daigas Group.”

1. Gambaran Keseluruhan AGP Group
 
Termasuk tenaga kerja projek khas, AGP Group mempunyai seramai 4,000 pekerja. Setakat ini, ia telah menjalankan perniagaan di lebih dari 30 negara.
Sasaran pelaburanAGP International Holdings Pte. Ltd.
 Alamat600 North Bridge Road, #05-01 Parview Square, Singapore 188778
PengerusiJoey P. Leviste, Jr
Aktiviti Perniagaan Prinsipal Kumpulan    
  • Pembinaan:  Pembinaan Modular, Pembinaan Di tapak, Penugasan Lapangan
  • LNG: Kejuruteraan & Pengoperasian, Terminal LNG  & Penyelesaian Terapung, LNG Break-bulking  & Logistik
  • Pengedaran Gas Bandar: Pengangkutan, Komersil & Industri, Isi Rumah

2. Gambaran Keseluruhan Syarikat Berkaitan
 
JBIC 
NamaJapan Bank for International Cooperation
Alamat1-4-1 Otemachi, Chiyoda Ward, Tokyo Japan
PengarahTadashi Maeda
PenubuhanApril 2012, walaupun syarikat sebelum itu, Japan Import-Export Bank, ditubuhkan pada 1950
Aktiviti Perniagaan Prinsipal   Sebuah institusi kewangan kerajaan, anak syarikat milik penuh Kerajaan Jepun, menawarkan sokongan untuk pembangunan syarikat-syarikiat pembangunan luar negara.
 

OGS
 
NamaOsaka Gas Singapore Pte. Ltd.
Alamat182 Cecil Street #31-02 Frasers Tower Singapore 069547
PerwakilanTetsuji Yoneda
PenubuhanMac 2013
Aktiviti Perniagaan UtamaPenyelidikan, pembangunan, dan pelaburan khusus dalam bekalan tenaga dan perkhidmatan tenaga
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Lihat versi sumber  di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190721005041/en/

Hubungi

Osaka Gas Co., Ltd. 
South East Asia Energy Business Dept., 
Energy Resources and International Business Unit. 
Telephone: +81-6-6205-4564

Sumber : Osaka Gas Co., Ltd.


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.