ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  UEM SUNRISE SAMBUT HARI ANTARABANGSA NELSON MANDELA 2019 BERILHAMKAN PERBUATAN AMAL DAN LESTARI

Monday 22/07/2019



Table
Bersempena Hari Antarabangsa Nelson Mandela, sukarelawan-sukarelawan UEM Sunrise menyusun ribuan buku yang disumbangkan oleh orang ramai untuk BukuHub, sebuah perpustakaan komuniti inisiatif UEM Sunrise


KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bersempena dengan Hari Antarabangsa Nelson Mandela (“Hari Mandela”) pada 18 Julai 2019, sekumpulan sukarelawan UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise”) meluangkan masa serta menyumbangkan tenaga bagi aktiviti yang bermanfaat dengan menyusun ribuan buku yang telah didermakan oleh orang ramai selepas pelancaran BukuDrive, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif syarikat untuk program perpustakaan masyarakatnya, BukuHub.
 
Hari Mandela telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2009 untuk mendokong seruan Dr. Mandela bahawa semua orang mempunyai kuasa untuk membawa perubahan positif dan keupayaan untuk memberi impak dalam setiap komuniti. Mesej Mandela adalah terang dan jelas: Setiap orang mampu meningkatkan keupayaan dan bertindak untuk melaksanakan perubahan, dan UEM Sunrise sebagai warga korporat yang bertanggungjawab juga mempunyai kewajipan untuk berbuat demikian.
 
Pada tahun 2017, Sello Hatang, Ketua Eksekutif di Yayasan Nelson Mandela menyeru masyarakat di seluruh dunia untuk – bukan hanya menyumbang 67 minit pada 18 Julai seperti kebiasaan – malahan menjadikan tarikh18 Julai sebagai titik permulaan untuk memperbaharui komitmen mereka bagi meneruskan aktiviti kemasyarakatan sepanjang tahun dan juga memberi inspirasi kepada perubahan supaya setiap hari bagaikan Hari Mandela.
 
Kenny Wong, Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise berkata, “Hari ini merupakan hari memperingati liku kehidupan dan jasa Dr. Mandela, kami menyokong semangat warisannya dan menjadikan ia sebagai teladan. Kami menjayakan hari bersejarah ini dengan meluangkan masa sebagai sukarelawan, dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran dan sebagai tanda sokongan terhadapnya dalam membantu golongan yang memerlukan selain dapat berkongsi pengetahuan melalui buku yang disumbangkan.
 
Seiring dengan matlamat utama syarikat yang bertujuan untuk menyelaraskan usaha, berkongsi maklumat dan menghubungkan keperluan sumber, BukuHub merupakan sebahagian daripada langkah UEM Sunrise ke arah fokus dan tujuan Pendidikan dan Literasi sempena Hari Mandela. Ini sejajar dengan strategi tanggungjawab social korporat (CSR) syarikat iaitu memacu Kemajuan Pendidikan dan Penglibatan Komuniti.
 
"Kami gembira, bangga dan berterima kasih kepada orang ramai kerana mendermakan ribuan buku kepada BukuHub. Sumbangan yang tampak mudah ini sebenarnya menjadi sumber inspirasi bagi kami untuk terus melaksanakan aktiviti ini. Jadi, marilah kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab dalam membina komuniti yang bahagia dengan membantu meningkatkan tahap celik huruf, memupuk amalan membaca, menyediakan akses mudah kepada buku-buku untuk sekolah, golongan kurang bernasib baik, masyarakat orang asli dan orang awam melalui BukuHub, " tambah Kenny.
 
Inisiatif BukuDrive UEM Sunrise di pusat membeli-belah Publika akan berterusan sehingga 31 Disember 2019. Untuk maklumat lanjut mengenai UEM Sunrise, lawati uemsunrise.com.

Sumber: UEM Sunrise Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Shamini Chandrasekaran
Media Liaison & External Comms
Corporate Communication
Tel: G : +603 2718 7788 / D: +603 2718 7734 / M: +6016 292 0631
Emel:  shamini.chandra@uemsunrise.uemnet.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.