PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 16, 2019 -Isnin

 
  MARY KAY MENGUMUMKAN PENYELIDIKAN MENGENAI FUNGSI PENGHALANG KULIT DAN KEMERAHAN WAJAH PADA MESYUARAT PERSATUAN CHINA BAGI PERUBATAN INTEGRATIF

Tuesday 13/08/2019



DALLAS, 13 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai satu daripada inovator penjagaan kulit yang terkemuka di dunia di dalam industri jualan langsung dan kosmetik, Mary Kay meneruskan komitmen mereka selama beberapa dekad kepada penyelidikan sains kulit dengan mengumumkan hasil daripada satu kajian bagi meningkatkan fungsi penghalang kulit dan kemerahan wajah pada Mesyuarat Tahunan bagi Jawatankuasa Dermatologi yang dianjurkan oleh Persatuan China bagi Perubatan Integratif. Mary Kay juga merupakan satu daripada penaja bagi acara itu, yang berlangsung pada 8 hingga 11 Ogos di Lanzhou, Wilayah Gansu, China.

“Saintis-saintis Mary Kay menghabiskan masa bertahun-tahun melakukan penyelidikan kulit untuk membangunkan penyelesaian bagi manusia sebenar dan keperluan sebenar,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay Inc. “Sebahagian daripada komitmen kami adalah untuk mengambil satu peranan aktif di dalam kecantikan dan komuniti saintifik melalui penyertaan kami di dalam persidangan dermatologi global, di mana kami boleh berkongsi dan belajar daripada pakar-pakar saintifik yang lain untuk membantu kami mengembangkan produk yang lebih berkesan dan berinovatif.”

Pengurus Kanan Mary Kay China bagi Hal Ehwal Perubatan, Dr. Jenny Jiang, berkongsi hasil penyelidikan bagi strategi-strategi untuk memperbaiki fungsi penghalang kulit dan kemerahan wajah. Penemuan ini boleh memberikan pandangan yang penting untuk memahami kulit yang sensitif. Para hadirin termasuk ahli dermatologi terkemuka negara itu dan eksekutif-eksekutif yang dihormati daripada syarikat-syarikat kosmetik.

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Mary Kay terdiri daripada ahli-ahli sains yang terkenal yang memegang ijazah kedoktoran dan ijazah lanjutan yang lain yang merentasi  pelbagai bidang: biologi kulit, biologi sel, kimia, biokimia dan banyak lagi. Pasukan itu didedikasikan untuk menjalankan penyelidikan yang berterusan dan berkongsi penemuan yang memberi impak yang berkaitan dengan kesihatan kulit dengan masyarakat saintifik dan kecantikan pada umumnya.

Setiap tahun, Mary Kay menjalankan beratus-ratus ribu ujian saintifik mengenai produk dan bahan untuk memastikan standard yang paling tinggi bagi keselamatan, kualiti dan prestasi.  Mary Kay memegang lebih daripada 1,500 paten bagi produk, teknologi, dan reka bentuk pembungkusan di dalam portfolio global mereka. Tahun lepas, syarikat itu telah membuka sebuah kemudahan pembuatan dan R&D yang canggih yang bernilai lebih $100 juta di Lewisville, Texas.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna dan pemakanan tambahan. Melalui Mary Kay FoundationSM, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190809005304/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom 
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.