ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PERTUKARAN PERUBATAN TAIWAN-MALAYSIA MEMAJUKAN KERJASAMA PERUBATAN RENTAS SEMPADAN

Monday 23/09/2019



GEORGE TOWN, Malaysia, 23 Sept (Bernama-PRNewswire) -- Pusat perubatan terbesar di Taiwan Chang Gung Memorial Hospital (CGMH) melangsungkan Persidangan Antarabangsa Rawatan Kanser Bersepadu (International Conference on Integrated Cancer Treatment) di Bayview Hotel, Pulau Pinang pada 21 September, 2019. Acara ini menarik lebih daripada seratus orang ahli perubatan profesional, akademik, pemilik bisnes, alumni dari Taiwan dan juga orang awam yang menyertai panel diskusi dan berkongsi pengalaman mengenai kanser paru-paru, otak dan hati.   

Menurut Prof. Lu Sheng Nan, Naib Dekan Chiayi CGMH, pertukaran maklumat dan pengalaman ini mendapat sambutan luar biasa daripada ahli perubatan profesional Pulau Pinang. Ini menambahkan lagi keyakinan untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dengan ahli perubatan profesional dari Taiwan. Interaksi yang bermakna di antara peserta industri perubatan dari Taiwan dan Malaysia memberi platform yang baik untuk kerjasama dua hala yang lebih mendalam di masa hadapan.

Persidangan Antarabangsa Rawatan Kanser Bersepadu ini berlandaskan polisi "Satu Negara, Satu Pusat" (One Country, One Center) di bawah Dasar Baharu Pandang ke Selatan (New Southbound Policy) oleh Taiwan. Acara ini dianjurkan bersama oleh CGMH dan  Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA), dengan bantuan dua institusi perubatan ulung dari Pulau Pinang -  Island Hospital and Lam Wah Ee Hospital.

Berkongsi Strategi Untuk Melawan 3 Kanser Utama

CMGH bertungkus lumus untuk menjalinkan hubungan pekerjaan yang baik di antara Taiwan dan Malaysia. Titik permulaannya ialah memorandum kerjasama dengan beberapa hospital Malaysia pada awal tahun ini. Dalam beberapa bulan berikutnya, CMGH menyumbangkan peralatan perubatan dan memberi latihan kepada ramai ahli perubatan profesional di Malaysia. Pada bulan Julai tahun ini, CMGH menjemput delegasi dari  Parkway Pantai Medical Group Pulau Pinang ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar mengenai penggunaan sistem informasi perubatan.

Beberapa pakar perubatan yang terkenal dari Taiwan turut menyertai Prof. Liu di persidangan ini, termasuk  Dr. Wang Chun Chieh, Naib Ketua Pusat Proton and Radioterapi CGMH, Linkou; dan Prof. Lu Sheng Nan, Naib Dekan dari Chiayi Chang Gung Memorial Hospital (CGMH) yang berkongsi pandangan mereka mengenai teknik terbaharu untuk rawatan tiga kanser utama tersebut. Dr. Huang Eng Yen, Ketua Bahagian Radiologi Terapeutik dan Onkologi, CGMH, Kaohsiung berbincang mengenai terapi proton yang terbaharu. Dr. Saw Min Hong dari Island Hospital and Dr. Chan Jun Yeen dari Lam Wah Ee Hospital dijemput memberi ucapan mengenai tahap rawatan di Malaysia untuk kanser paru-paru dan otak. Pertukaran idea antara Taiwan dan Malaysia diharapkan menjalin lebih persefahaman  dan perkembangan untuk memberi para pesakit rawatan dan perubatan yang lebih sempurna. 

Selain daripada perbincangan tersebut, enam syarikat Taiwan memaparkan peralatan dan teknologi perubatan yang inovatif di acara ini. Semua ini diharapkan boleh merancakkan lagi perkembangan industri perubatan Malaysia.
 
CONTACT: Ms. Sze Yuen, +60-10-2579523

SUMBER : Taiwan External Trade Development Council (TAITRA)

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.