ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  CHANGI SINGAPURA DAN ANTARABANGSA HONG KONG MENDAHULUI WILAYAH ASIA PASIFIK DALAM KETERSAMBUNGAN ANTARABANGSA

Monday 23/09/2019



Table

Lima hab Mega yang Utama di Dunia (Foto: Business Wire)


Asia adalah tempat kepada 18 daripada 50 Utama Global dan 11 daripada 25 hab Mega Utama LCC


Penemuan Penting
  • Menduduki ranking kesembilan di peringkat global, Lapangan Terbang Changi Singapura (SIN) adalah lapangan terbang yang paling berhubungan di peringkat antarabangsa di Asia Pasifik bagi tahun kedua berturut-turut.
  • Kuala Lumpur (KUL) adalah merupakan hab Mega LCC yang paling berhubungan di peringkat antarabangsa di dunia.
  • Dua lapangan terbang utama India – Lapangan Terbang Delhi (DEL) dan Lapangan Terbang Mumbai (BOM) menduduki ranking 50 hab Mega yang Utama di peringkat Global.

SINGAPURA, 23 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, OAG, pembekal terkemuka dunia bagi data perjalanan dan wawasan, telah mengeluarkan Indeks hab Mega 2019 mereka. Analisis itu mendedahkan 50 lapangan terbang Utama yang paling berhubungan di peringkat antarabangsa di dunia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190922005002/en/

Singapura (SIN) terus mendahului di wilayah Asia Pasifik dalam ketersambungan antarabangsa, dengan menduduki ranking kesembilan di seluruh dunia untuk tahun kedua berturut-turut. Hong Kong menduduki ranking kedua di peringkat wilayah dan melonjak dari tempat ke-13 kepada tempat ke-10 dalam ranking dunia disebabkan oleh peningkatan 1.5% dalam hubungan antarabangsa.

Enam belas lapangan terbang Asia Pasifik yang lain telah disenaraikan sebagai 50 hab Mega Utama di peringkat Global, dengan Incheon (ICN), Kuala Lumpur (KUL), Bangkok (BKK) dan Jakarta (CGK) kesemuanya menduduki ranking 20 Utama. Lapangan Terbang Pudong Shanghai (PVG) melengkapkan 25 teratas dan lapangan terbang yang mempunyai ranking paling tinggi di China.

Lapangan terbang di Asia Pasifik juga mempunyai kehadiran yang teguh di dalam kategori syarikat penerbangan tambang rendah (LCC), dengan Kuala Lumpur (KUL) mengekalkan gelaran mereka sebagai hab Mega LCC yang paling berhubungan di peringkat antarabangsa di dunia. Air Asia adalah syarikat penerbangan yang paling dominan dengan 41% daripada semua penerbangan. Hab Mega LCC lain yang menduduki ranking tinggi termasuk Manila (MNL), yang melonjak dua tempat berbanding tahun lepas untuk menduduki tempat kedua, India (DEL) dan Thailand (DMK).

“Peningkatan penumpang yang berhubungan dan pelancong dunia baharu mewujudkan permintaan yang lebih tinggi untuk hab Mega kos rendah -- dan lapangan terbang Asia berada di tengah-tengah trend ini,” kata Mayur (Mac) Patel, Ketua JAPAC untuk OAG.

Lihat Indeks hab Mega 2019 yang lengkap di sini.

Maklumat mengenai OAG

OAG adalah sebuah pembekal data perjalanan global yang terkemuka yang telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929.

Kami menjalin kerjasama dengan beberapa jenama global, lapangan terbang, syarikat penerbangan, pengendali perjalanan dan syarikat permulaan yang pesat berkembang untuk merekabentuk perkhidmatan terbaik yang ada pada hari ini, dan inovasi yang terbaik untuk hari esok.

Beribu pejabat di United Kingdom, OAG mempunyai operasi global di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Lithuania dan China.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190922005002/en/

Hubungi

Media:
Caroline Mather
pressoffice@oag.com

Sumber : OAG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.