ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK SINGAPURA DAN REPUBLIK TURKI

Monday 23/09/2019



KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan Malaysia telah membuat penentuan awal berkenaan penyiasatan anti-lambakan mengenai mengenai import keluaran batang penulangan konkrit keluli (Rebar) yang berasal atau dieksport dari Republik Singapura dan Republik Turki dan Kerajaan mendapati bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk meneruskan siasatan terhadap pengimportan produk berkenaan dari negara-negara tersebut seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 23 Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 (Akta).

Kerajaan juga telah memutuskan untuk mengenakan duti anti-lambakan sementara dalam bentuk jaminan bank yang bersamaan dengan nilai margin lambakan yang telah dikenal pasti dalam penentuan awal. Duti anti-lambakan sementara di antara Nil hingga 20.09% akan dikenakan ke atas import dagangan subjek dari negara-negara berkenaan dan ianya akan berkuat kuasa bagi tempoh tidak melebihi 120 hari mulai 23 September 2019.

Penyiasatan ini telah dimulakan selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 pada 26 April 2019 berdasarkan petisyen yang difailkan oleh Malaysia Steel Association (Pempetisyen) yang mewakili industri tempatan yang mengeluarkan produk serupa. Pempetisyen mendakwa Rebar yang berasal atau dieksport dari negara-negara berkenaan telah diimport ke Malaysia pada harga yang lebih rendah daripada harga yang dijual di pasaran domestik negara-negara tersebut. Pempetisyen mendakwa keadaan ini telah menyebabkan kemudaratan material kepada industri tempatan di Malaysia.

Penentuan muktamad akan dibuat tidak lewat daripada 21 Januari 2020. Pihak berkepentingan seperti pengimport, pengeluar/pengeksport asing dan persatuan-persatuan berkaitan dengan penyiasatan boleh mendapatkan salinan versi tidak sulit laporan mengenai Penentuan Awal dengan membuat permohonan bertulis kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di alamat berikut:

Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA
No. Telefon: (603) 6208 4631/4632/4637
No. Faksimili: (603) 6211 4429
Emel: alltps@miti.gov.my 


Tentang MITI:
MITI adalah pemacu utama dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berkualiti dan meningkatkan status negara ini sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global. Objektif dan peranannya adalah berorientasikan ke arah memastikan pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia dan membantu mencapai matlamat yang dinyatakan di negara ini untuk menjadi sebuah negara maju.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kuala Lumpur, Malaysia
23 September 2019 

Sumber: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

UNTUK PERTANYAAN MEDIA, SILA HUBUNGI
Unit Komunikasi Strategik
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tel: +603 6200 0083
Faks: +603 6206 4293
Emel: allpegkomunikasikorporat@miti.gov.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.