ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPB MAIWP) TERSENARAI IPT TERBAIK DUNIA UNTUK PROGRAM PROFESIONAL UNITED KINGDOM (LCCI)

Tuesday 24/09/2019



KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Buat pertama kali dalam sejarah, KPB MAIWP telah dinobatkan sebagai penerima Pearson Centre Award (Silver) yang bertaraf dunia di atas pencapaian cemerlang penyampaian kurikulum LCCI dan merit para pensyarah yang terlibat. Anugerah ini diberikan berdasarkan kepada pencapaian keseluruhan pelajar-pelajar KPB MAIWP di dalam peperiksaan Pearson LCCI sepanjang tahun 2018.
 
Pearson LCCI merupakan badan peperiksaan antarabangsa bagi bidang perakaunan dan perniagaan, yang menawarkan khidmat peperiksaan dan pensijilan bertaraf antarabangsa di lebih 100 buah negara. Pada tahun ini, hanya 5 institusi di Malaysia yang berjaya menerima Pearson LCCI Centre Award, yang dilancarkan pada tahun 2018 sempena ulangtahun ke-120 Pearson LCCI.
 
Anugerah ini membuktikan KPB MAIWP mendapat pengiktirafan dunia dalam bidang profesional. Malah pelajar KPB MAIWP telah terbukti mempunyai kapasiti intelektual yang tinggi bertaraf dunia walaupun berasal dari golongan asnaf.
 
Rektor KPB MAIWP, Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub akan meneruskan kecemerlangan ini dengan menyediakan beberapa program profesional sebagai perancangan strategik supaya KPB dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan terus berkolaborasi untuk merit pendidikan institusi yang berimejkan Islam.
 
“KPB MAIWP telah berjaya menerima anugerah berprestij ini di Malaysia dan tidak banyak institusi yang layak menerima anugerah seumpama ini. Saya bagi pihak Pearson amat bangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh KPB MAIWP” ujar Pengarah Pearson LCCI Malaysia, Cik Ng Boon Teen.
 
Kecemerlangan ini lebih bermakna apabila seorang pelajar LCCI KPB MAIWP, Zunaidah Binti Nafiin turut menerima dua anugerah iaitu Country Gold Award dan World Silver Award bagi Pearson LCCI Level 3 Certificate in Advanced Business Calculations dalam Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Pearson 2019 yang berlangsung pada 21 September 2019 di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang memperoleh markah tertinggi (High Achiever) dalam subjek yang di ambil sama ada di peringkat Malaysia atau dunia.

Sumber: Pearson Malaysia Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Hisyam Md Suhaimi
Key Account Manager
Pearson Qualifications
Pearson Malaysia Sdn Bhd
Tel: +603 – 22897023

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.