ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  MARY KAY, YANG MENJALIN KERJASAMA DENGAN AGENSI-AGENSI PBB, MELANCARKAN PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA

Tuesday 24/09/2019



Perkongsian Strategik Akan Melabur di dalam Keusahawanan Wanita di Seluruh Dunia
 
DALLAS, 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Mary Kay Inc., sebuah penyokong utama bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, telah mengumumkan Pemecut Keusahawanan Wanita, satu inisiatif berbilang rakan yang direka untuk memberi inspirasi, mendidik, dan memperkasakan usahawan wanita di seluruh dunia. Dengan tiada halangan kelayakan untuk mengambil bahagian, inisiatif yang berinovatif ini adalah satu kerjasama strategik yang dibangunkan dengan berunding dengan enam agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu: Wanita PBB, Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Perkongsian (UNOP), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) , UN Global Compact (UNGC), dan Program Pembangunan PBB (UNDP).
 
Pemecut itu akan menawarkan satu kurikulum digital berpandu yang ditambah dengan latihan dan bimbingan secara praktikal. Di samping itu, ia akan berfungsi sebagai satu platform sokongan untuk menghapuskan halangan keusahawanan bagi wanita, yang mencakupi daripada celik digital kepada pembaharuan undang-undang — yang membolehkan wanita untuk mengambil bahagian sepenuhnya di dalam pertumbuhan ekonomi tempatan dan kebangsaan. Pemecut itu akan menyokong usaha global untuk menggalakkan perniagaan bagi mewujud dan mengembangkan perhubungan dengan perniagaan yang dimiliki wanita, termasuk pemerolehan korporat. Peluasan pada masa hadapan bagi program itu termasuk peluang-peluang pembiayaan yang dapat diakses oleh wanita yang melengkapkan kurikulum itu.
 
“Mary Kay telah memperkasakan wanita melalui keusahawanan dan menyokong aspirasi mereka untuk keselamatan dan kebebasan kewangan selama lebih daripada 56 tahun,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay. “Organisasi di sektor swasta dan awam harus bekerjasama untuk memastikan semua usahawan wanita mendapat akses kepada alat dan pendidikan yang mereka perlukan untuk menjadikan impian mereka agar mencapai kebebasan dari segi kewangan satu realiti, sekali gus mengangkat status keluarga dan masyarakat mereka.”
 
Pemecut Keusahawanan Wanita itu pada mulanya akan tersedia dalam enam bahasa, dengan lebih banyak bahasa dirancang apabila program itu mengembang ke 192 buah negara. Pemecut itu juga akan mengadakan satu jawatankuasa penasihat bagi usahawan, selebriti, dan pendukung untuk mengawasi perkembangan dan promosi bagi program itu.
 
“Seorang wanita yang berpengetahuan yang memiliki wang dalam poketnya, adalah seorang wanita yang mempunyai kuasa. Dengan semakin banyak inovator wanita yang aktif pada hari ini, keusahawanan dan pemerkasaan wanita semakin meningkat dengan ketara,” kata Phumzile Mlambo-Ngcuka, Pengarah Eksekutif bagi Wanita PBB. “Pendukung dari seluruh dunia yang berpadu tenaga untuk mewujudkan Pemecut Keusahawanan Wanita akan membolehkan lebih ramai wanita menjadi usahawan yang berpengetahuan, memupuk kebebasan dari segi kewangan, dan menyokong komuniti tempatan mereka.”
 
“Di ITC kami berharap untuk menyertai Pemecut Keusahawanan Wanita melalui Inisiatif SheTrades kami bagi mencapai kemajuan sebenar ke arah mencapai SDG5 bagi memperkasakan semua wanita dan gadis,” kata Arancha González, Pengarah Eksekutif bagi Pusat Perdagangan Antarabangsa. “Dengan perkongsian ini, kami akan memperkasakan wanita dan gadis untuk mengejar impian keusahawanan mereka, dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan impian mereka menjadi kejayaan perniagaan.”
 
Pemecut Keusahawanan Wanita itu adalah yang terkini dalam satu siri langkah-langkah terbaharu yang diambil oleh Mary Kay untuk memperkasakan wanita dan meningkatkan kehidupan mereka di seluruh dunia. Pada awal tahun ini, Mary Kay telah menambahkan nama mereka kepada satu senarai perniagaan dan korporat yang semakin meningkat yang komited kepada Prinsip Pemerkasaan Wanita, satu projek bersama UN Global Compact dan Wanita PBB yang dibangunkan untuk menekankan kes perniagaan bagi tindakan korporat untuk mempromosikan kesaksamaan jantina. Mary Kay juga merupakan penandatangan bagi UN Compact Global, inisiatif kelestarian korporat yang terbesar di dunia. Semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Mary Kay akan menaja WE Empower Cabaran SDG PBB, pertandingan perniagaan global yang pertama bagi usahawan wanita yang diadakan oleh pereka fesyen terkenal Diane von Furstenberg.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pemecut Keusahawanan Wanita, sila layari www.WE-accelerate.com.
 
Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengikuti mimpi mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.
 
Maklumat mengenai Wanita PBB

Wanita PBB adalah entiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang didedikasikan untuk kesamaan jantina dan memperkasakan wanita. Sebuah juara dunia untuk wanita dan gadis, Wanita PBB telah diwujudkan untuk mempercepatkan kemajuan dalam memenuhi keperluan mereka di seluruh dunia.
 
Wanita PBB menyokong Negara-negara Anggota PBB ketika mereka menetapkan piawaian global untuk mencapai kesaksamaan jantina, dan bekerjasama dengan kerajaan dan masyarakat madani untuk menggubal undang-undang, dasar, program dan perkhidmatan yang diperlukan untuk memastikan piawaian tersebut dilaksanakan dengan berkesan dan benar-benar memberi manfaat kepada wanita dan gadis di seluruh dunia. Ia berfungsi secara global untuk menjadikan visi Matlamat Pembangunan Mapan itu sebagai satu realiti bagi wanita dan gadis dan berdiri di belakang penyertaan yang sama rata oleh wanita dalam semua aspek kehidupan, dengan memberi tumpuan kepada empat keutamaan strategik:
 
Wanita PBB juga menyelaras dan mempromosikan sistem kerja PBB dalam memajukan kesamarataan jantina, dan dalam semua perbincangan dan perjanjian yang dikaitkan dengan Agenda 2030. Entiti tersebut berfungsi untuk meletakkan kesamarataan jantina sebagai asas kepada Matlamat Pembangunan Mapan, dan sebuah dunia yang lebih inklusif.
 
Maklumat mengenai Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC)
 
Inisiatif SheTrades Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) bertujuan untuk menghubungkan 3 juta usahawan wanita dan perniagaan yang dimiliki wanita ke pasaran antarabangsa menjelang tahun 2021. SheTrades bekerjasama dengan kerajaan, perbadanan dan organisasi sokongan perniagaan untuk menjalankan penyelidikan, membolehkan pembentukan dasar dan peraturan perdagangan, memudahkan pembiayaan, dan mengembangkan akses kepada tender awam dan rantaian bekalan korporat.
 
SheTrades menyediakan usahawan wanita dengan persekitaran pembelajaran yang berbeza dengan satu kurikulum yang fleksibel melalui shetrades.com. Ini termasuk kursus dalam talian percuma, penyertaan dalam bengkel bersemuka, penglibatan melalui webinar secara langsung pada pelbagai topik dan satu pemahaman yang lebih besar mengenai pasaran mereka. Pembangunan di dalam rangka kerja agenda Bantuan-untuk-Perdagangan dan Matlamat Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.intracen.org. Ikuti ITC di Twitter | Facebook | LinkedIn | Instagram
 
Maklumat mengenai United Nations Global Compact

Sebagai satu inisiatif khas bagi Setiausaha Agung PBB, usaha United Nations Global Compact adalah merupakan satu gesaan terhadap syarikat-syarikat di mana juga untuk menyelaraskan operasi dan strategi mereka dengan 10 prinsip sejagat di dalam bidang hak asasi manusia, buruh, alam sekitar dan anti-rasuah. Dilancarkan pada tahun 2000, mandat bagi UN Global Compact adalah untuk membimbing dan menyokong komuniti perniagaan global dalam memajukan matlamat dan nilai-nilai PBB melalui amalan korporat yang bertanggungjawab. Dengan lebih daripada 9,500 syarikat dan 3,000 penandatangan bukan perniagaan yang berpangkalan di lebih 160 buah negara, dan lebih daripada 60 Rangkaian Tempatan, ia adalah inisiatif kelestarian korporat yang terbesar di dunia.
 
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti @globalcompact di media sosial dan layari laman web kami di www.unglobalcompact.org.
 
Maklumat Mengenai Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Perkongsian
 
Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Perkongsian (UNOP) berfungsi sebagai pintu masuk global untuk memangkinkan dan membina perkongsian pelbagai pihak berkepentingan untuk memajukan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG). UNOP menyediakan satu platform untuk penglibatan rakan yang efektif dan berfungsi untuk memanfaatkan aset dan kepakaran dari pelbagai rakan dalam meneruskan SDG. Pejabat itu mengawasi Tabung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Perkongsian Antarabangsa, Tabung Demokrasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Hab Tindakan SDG, dan Pendukung SDG Setiausaha Agung.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.un.org/partnerships/content/welcome-united-nations-office-partnerships.
 
Maklumat mengenai Pertubuhan Buruh Antarabangsa
 
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) adalah sebuah agensi PBB yang dibentuk pada tahun 1919 dan dikhususkan untuk menggalakkan keadilan sosial dan hak-hak manusia dan buruh yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, mengejar misi pengasas mereka bahawa keamanan buruh adalah penting kepada kemakmuran. Hari ini, ILO membantu memajukan penciptaan kerja yang baik dan keadaan ekonomi dan kerja yang memberi pekerja dan peniaga satu kepentingan dalam keamanan, kemakmuran dan kemajuan yang berkekalan. Struktur tiga pihak itu menyediakan satu platform yang unik untuk menggalakkan kerja yang baik bagi semua lelaki dan wanita.

Program Pembangunan Keusahawanan Wanita ILO (ILO-WED) merupakan sebahagian daripada Unit Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan telah berjalan selama lebih dari satu dekad. ILO-WED berfungsi untuk meningkatkan peluang-peluang ekonomi bagi wanita dengan melaksanakan tindakan afirmatif dalam menyokong wanita yang memulakan, memformalkan dan mengembangkan perusahaan mereka, dan dengan mengutarakan isu kesamaan jantina ke dalam kerja ILO dalam pembangunan perusahaan.
 
Laman web: www.ilo.org/wed | Twitter - @ILOWED | Facebook – ILO WED (Pertubuhan Buruh Antarabangsa)

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190923005285/en/

Hubungi

Hubungan Media:
Mary Kay Inc.
Michael Wassmer
media@mkcorp.com
+1-972-687-5332

ICF Next
Grace Kramer
grace.kramer@icfnext.com
+1-847-363-9077

Wanita PBB
Oisika Chakrabarti
oisika.chakrabarti@unwomen.org
+1-646-781-4522

Pusat Perdagangan Antarabangsa
Jarle Hetland
hetland@intracen.org
+41 (0)22 730-0145

Sumber: Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.