ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  MARY KAY TERUSKAN KOMITMEN MEREKA UNTUK MEMAJUKAN PENYELIDIKAN SAINS KULIT DI PERSATUAN PENYIASATAN DERMATOLOGI JEPUN

Monday 11/11/2019



Table
Dr. Lucy Gildea, Naib Presiden Kanan - Ketua Pegawai Saintifik (Foto: Mary Kay Inc.)

Syarikat Kosmetik Global Menaja Simposium Mengenai Halangan Kulit dan Kemerahan Kulit di antara Ahli Dermatologi yang terkenal

DALLAS, 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai sebuah peneraju di dalam inovasi penjagaan kulit di seluruh dunia, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka untuk memajukan sains kulit sebagai sebuah penaja simposium pada mesyuarat tahunan ke-44 Persatuan Penyiasatan Dermatologi Jepun (JSID). Pada persidangan yang diadakan pada 8 hingga 10 Nov. di Aomori, Jepun, simposium itu mengenai halangan kulit dan kemerahan kulit memberikan persekitaran kolaboratif untuk berkongsi kemajuan teknologi dan penemuan kejayaan bagi kesihatan kulit.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191110005047/en/

Ditubuhkan pada tahun 1981, misi JSID adalah untuk memajukan dan memberi tenaga kepada ahli dermatologi generasi seterusnya dengan menggalakkan kerjasama dan pertukaran saintifik di antara kesemua persatuan dermatologi. Persatuan itu juga berhasrat untuk meningkatkan kedudukan dermatologi di dalam dunia antara disiplin dengan meningkatkan kualiti sains dan penyelidikan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan memajukan lagi rawatan bagi penyakit kulit. JSID adalah pertubuhan terbesar dan paling terkemuka di dalam bidang penyelidikan dermatologi di Jepun, dan menyokong ahli akademik muda dengan menganjurkan seminar untuk menggalakkan doktor-doktor muda yang berpotensi untuk menjadi penyelidik dermatologi.

Pada simposium yang ditaja oleh Mary Kay mengenai halangan kulit dan kemerahan kulit, sebuah panel menampilkan Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay Inc., sebagai moderator. Panel itu menerokai strategi-strategi perlindungan alam sekitar terhadap penuaan kulit di kalangan orang Asia, respons protein terhadap keradangan kulit dan kecacatan penghalang kulit.

“Kulit sensitif menjejaskan kira-kira separuh daripada semua wanita di seluruh dunia dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat satu peningkatan di dalam tuntutan ‘kulit sensitif’ dan ‘kelegaan kemerahan’ dalam produk penjagaan kulit yang dijual di Asia,” kata Dr Gildea. “Rintangan kulit sentiasa tegang dengan pendedahan kepada sinaran UV, jerebu dan asbut yang membawa bahan pencemaran seperti karbon hitam, bahan kimia dan logam berat. Bahan pencemaran ini boleh berkumpul pada kulit dan mengakibatkan pembilasan yang berterusan atau kemerahan muka. Oleh itu, pengguna kini mencari produk yang berfungsi untuk melegakan dan membantu kulit wajah sensitif.”

Panel penceramah pada simposium itu termasuk tiga pakar dermatologi terkenal:
  • Dr. Akimichi Morita, MD Ph.D., Jabatan Geriatrik dan Dermatologi Alam Sekitar di Nagoya City University Graduate School of Medical Sciences
  • Dr. Sang Eun Lee, MD Ph.D., Jabatan Dermatologi, Hospital Gangnam Severance, Institut Penyelidikan Biologi Jangkitan Kulit, Kolej Universiti Perubatan Yonsei di Seoul, Korea
  • Dr. Gyohei Egawa, MD Ph.D., Jabatan Dermatologi, Kyoto University Graduate School of Medicine
“Sebagai sebuah syarikat global, adalah penting bagi kita untuk mempunyai sebuah portfolio produk yang luas yang memenuhi pelbagai keperluan wanita di seluruh dunia, sebuah portfolio yang dapat membesar dan berkembang seiringan dengan keperluan perubahan,” kata Dr. Gildea. “Dengan mengambil bahagian di dalam acara-acara seperti JSID, kita dapat belajar dan berkongsi penyelidikan yang relevan dan pada masa yang sama membangunkan produk-produk penemuan baharu dengan faedah-faedah yang berkuasa yang memberikan faedah penjagaan kulit yang wanita inginkan.”

Untuk maklumat lanjut mengenai JSID, sila klik di sini.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menghasilkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna, wangi-wangian dan pemakanan tambahan. Melalui Mary Kay FoundationSM, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191110005047/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.